Perhimpunan Bulanan

Perhimpunan Bulanan

 2 Jun 2022 (Khamis)

Majlis Perhimpunan Bulanan telah diadakan pada 2 Jun 2022 pada hari Khamis dan bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan.

Perhimpunan Bulanan buat pertama kalinya dipengerusikan oleh Pengarah JMG Kelantan yang baru iaitu Encik Zaidi bin Daud berkuatkuasa 1 Jun 2022. Warga JMG Kelantan juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan semoga beliau terus berkhidmat dengan cemerlang.

Tahniah juga diucapkan kepada Encik Nurzaidi bin Abdullah kerana telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengarah Geosains C52 dan berkuatkuasa pada 1 Jun 2022. Semoga beliau juga terus melakar kejayaan di masa hadapan.

Majlis diteruskan dengan memperkenalkan seorang kakitangan JMG yang baru iaitu Mohammad Sobri bin Borhan sebagai Penolong Pengarah C41 yang telah melapor diri pada pada 9 Mei 2022.Warga JMG Kelantan juga mengucapkan selamat bertugas ditempat baru dan semoga segala urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Dikesempatan ini,penyampaian sijil juga diadakan,iaitu pemberian sijil kepada peserta Kursus Pengendalian Dron pada 24-26 April 2022. Sijil-sijil telah disampaikan oleh tuan Pengarah JMG Kelantan kepada wakil peserta iaitu Cik Ropidah Mat Zain juga selaku Pengurus Kursus Pengendalian Dron.

JMG Kelantan masih mengekalkan acara wajib jika perhimpunan bulanan diadakan,iaitu acara memberikan hadiah hari kelahiran kepada kakitangan JMG mengikut bulan kelahiran. Seramai 2 orang kakitangan JMG Kelantan yang lahir bulan Mei menerima hadiah tersebut dan semoga kedua-dua mereka dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

Majlis Perhimpunan Bulanan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada En. Zaidi Daud (Pengarah JMG Kelantan) dan En. Nurzaidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Geosains),sempena pelantikan baru. Hadiah adalah sumbangan ikhlas daripada Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan.

 

Sumber foto : Suhaidah bt Mohd Khalid