PERHIMPUNAN BULANAN & JAMUAN HARI RAYA JMG

PERHIMPUNAN BULANAN & JAMUAN HARI RAYA JMG

14 MEI 2023 (AHAD)

Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan beserta dengan Mesyuarat Bulanan JMG yang bertempat di JMG Kelantan pada 14 Mei 2023 (Ahad). Dikesempatan ini juga, JMG juga mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya.

Β Majlis didahului dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan tuan pengarah, kemudian diteruskan dengan agenda-agenda yang lain. Majlis menyampaikan sumbangan kepada Puan Salwani Hasma binti Muhammed diatas kehilangan suami pada 23 April 2023 yang lalu. Warga JMG Kelantan mengucapkan takziah kepada beliau sekeluarga, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Marilah kita sama-sama sedekahkan ( Al-Fatihah).

Majlis juga menyampaikan hadiah hari lahir kepada Puan Anishah bt Jusoh dari Unit Pentadbiran.

Majlis diakhiri dengan menjemput semua warga JMG Kelantan untuk menjamu selera yang telah disediakan, sempena sambutan hari raya.

Majlis Jamuan Hari Raya dimeriahkan dengan para jemputan dari luar iaitu mantan-mantan JMG Kelantan dan diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir dan memenuhi jemputan kami.

Β 

Kredit Foto : Suhaidah Khalid