8 Ogos 2015, IPOH: Pada hari ini Kompleks JMG Ipoh telah menerima kunjungan DiRaja ke Muzium Geologi. Lawatan ini telah dirancang serta dilaksanakan oleh SUK Negeri Perak dengan kerjasama Pegawai-pegawai dan kakitangan Kompleks JMG Ipoh.
Lawatan telah dihadiri oleh YTM isteri Raja Muda Perlis, Mejar (K) Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Binti Dato' Khalil serta dua anaknda mereka. Ketibaan mereka pada jam 3:30 petang disambut oleh Pegawai-pegawai dari SUK Perak serta Pegawai-pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Pusat Penyelidikan Mineral dan JMG Perak.
Lawatan berlangsung sehingga jam 6:00 petang.