KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH MERSING

muka depan lawatan ke pejabat do mersing

Mersing, 19 Disember 2017 - JMG Johor berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Mersing yang diwakili oleh En. Noorazhar Ngatimin, En. Mohd Fauzi Rajimin dan Cik Nur Syahidatul Zubaida Abdillah.

Pertemuan santai dengan YBhg Tn Hj Ashari Hj Kasnan ini telah mengeratkan lagi silatulrahim antara JMG dengan Pejabat Daerah.

Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan penubuhan Geopark Mersing yang mana Pegawai Daerah Mersing akan menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Geopark Mersing yang akan ditubuhkan pada tahun 2018 kelak. Disamping memberikan penjelasan berhubung konsep sebuah geopark, turut dibincangkan ialah agensi yang terlibat dan langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi memastikan penubuhan Geopark Mersing ini dapat direalisasikan, malah yang lebih utama ialah manfaat yang bakal diperoleh oleh Pihak Berkuasa Negeri/Daerah dan komuniti setempat. Strategi perlu dilakar dan dokumen perlu dilengkapkan agar justifikasinya kukuh bagi diperkenan oleh DYMM Sultan Johor dan Kerajaan Negeri.

Sumbangan artikel : En. Noorazhar b. Ngatimin

 

Written by : asrul