BENGKEL PEMURNIAN JOB DESCRIPTION

BENGKEL PEMURNIAN JOB DESCRIPTION

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN (27 SEPTEMBER 2018) : KHAMIS, Unit PSM JMG Ibupejabat telah mengadakan satu bengkel pemurnian JD di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan selama 4 hari bermula pada 24hb September 2018 dan berakhir pada 27hb September 2018.

Fasilitator jemputan semasa bengkel JD ini adalah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). JMG Sabah turut menghantar beberapa orang pegawai mewakili JMG Sabah. Antara mereka yang hadir bengkel tersebut adalah Tn. Hj Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah JMG Sabah), En. Paulius Godwin (Ketua Unit Geosains), En. Webster Wong (Ketua Unit Sumber Mineral), En. Aidil bin Arnolous Rema (Pegawai Geosains Unit Lombong dan Kuari) dan Pn. Vianni Vincent (Pembantu Tadbir Kewangan).

Sumber maklumat dan foto : En. Aidil bin Arnolous Rema

JD1

Membincangkan tentang JD

JD2

Penyampaian Sijil Kehadiran oleh YBhg Datuk KP JMG kepada salah seorang kakitangan JMG Sabah

Written by : Suriani Ramlee