KURSUS “2018 INTERNATIONAL SHORT COURSE ON EARTHQUAKE SOURCE & HAZARD-EXPECTING THE UNEXPECTED”

KURSUS “2018 INTERNATIONAL SHORT COURSE ON EARTHQUAKE SOURCE & HAZARD-EXPECTING THE UNEXPECTED”

W.P. KUALA LUMPUR (27 SEPTEMBER 2018) : KHAMIS, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menganjurkan Kursus yang bertajuk “International Short Course On Earthquake Source & Hazard-Expecting The Unexpected” di Swiss Garden & Residence Hotel Kuala Lumpur selama dua hari bermula pada 24hb September 2018 dan berakhir pada 25hb September 2018.

Objektif adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan sumber geoteknikal gempa bumi dan bahayanya untuk perancangan pembangunan akan datang serta memberi pengetahuan berkaitan dengan pemetaan sumber-sumber gempa bumi, mempelajari sifat-sifat batuan dasar dan struktur tanah semasa gempa dan penyediaan peta-peta bahaya seismik menggunakan model-model sedia ada. Kursus telah dihadiri oleh pegawai-pegawai JMG seluruh Malaysia, ahli-ahli akademik dan individu yang mempunyai kepentingan dalam bidang pembangunan bandar serta mereka-meraka yang berminat.

Sumber maklumat dan foto : En. Redzuan bin Ahmad Banjar

GEMP1

Slide Kursus

GEMP2

Ucapan Perasmian daripada YBhg Datuk KP JMG Malaysia

GEMP3

Taklimat daripada En. Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan JMG Sabah)

GEMP4

Taklimat oleh pensyarah Universiti Nasional Australia

GEMP5

Peserta Kursus

GEMP6

Kursus Berjalan

GEMP7

Peserta-peserta kursus

GEMP8

Pemberian Sijil Penghargaan kepada Dr. Frederick F. Tating (Pegawai Geosains Kanan JMG Sabah)

 

Written by : Suriani Ramlee