KOTA KINABALU, SABAH (29 SEPTEMBER 2018) : SABTU, Syarikat Earth Info Sdn. Bhd. Telah mengadakan satu seminat bertajuk ESRI Malaysia’s ArcGis Technology Update 2018 di Sabah Computer Society Training Centre, Asia City, Kota Kinabalu pada 27hb September 2018 hari Khamis.
JMG Sabah telah menghantar wakil untuk menghadiri taklimat ArcGis tersebut. Mereka adalah Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan Pn. Shuryanteh binti Mohd Yassin (Penolong Juruukur). Turut hadir juga dalam taklimat ini dari jabatan-jabatan kerajaan lain dan agensi-agensi swasta. Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan ArcGis yang terbaru di syarikat mereka.
Sumber maklumat dan foto : Pn. Shuryanteh binti Mohd Yassin