TAKLIMAT PROJEK PEMBANGUNAN JMG SABAH 2019

TAKLIMAT PROJEK PEMBANGUNAN JMG SABAH 2019

KOTA KINABALU, SABAH (03 JANUARI 2019) : KHAMIS, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah mengadakan satu taklimat berkaitan projek-projek pembangunan di JMG Sabah bagi tahun 2019 pada hari ini. Taklimat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah bermula seawal jam 8.30 pagi ini.

Taklimat ini bertujuan bagi membincangkan sekaligus perancangan semua Ketua-ketua Unit dan Aktiviti di JMG Sabah. Taklimat ini telah dihadiri sendiri oleh Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli, bersama Timbalan Pengarah JMG Sabah Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad. Turut hadir dalam taklimat ini adalah semua Ketua-ketua Unit dan semua Ketua-ketua Aktiviti serta pegawai-pegawai yang berkaitan. Semua pegawai yang terlibat perlu membentangkan perancangan projek mereka. Taklimat ini dijangka berakhir pada jam 1.00 petang nanti.

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

TP1

TP2

Written by : Suriani Ramlee