PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 2/2019

01

JOHOR BAHRU, 06 MAC 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan bulanan kali ini dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah binti Mustafa dan dimulai dengan bacaan doa oleh Encik Khairani bin Othman, nyanyian lagu dan diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Puan Siti Rohani binti Matsah.

Majlis diteruskan dengan perutusan pengarah yang disampaikan terus dari Tuan Haji Mohamad Hussein bin Jamaluddin selaku Pengarah JMGM Negeri Johor. Di dalam perutusan beliau menyatakan tentang Status Pengisian SKT dalam Sistem HRMIS bagi tahun 2019, berkaitan Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) yang telah berkuatkuasa pada 1 Mac 2019 dan beliau beranggapan pelaksanaan WBF ini adalah bagus dan sepatutnya dilaksanakan dari dulu lagi. Tuan Pengarah juga menyebut berkaitan isu-isu semasa iaitu isu tangkapan berkaitan Bahan Mineral dan mohon kakitangan yang terlibat / tersenarai sentiasa bersedia untuk bertugas sekiranya diperlukan, Isu Bay JMG di CIQ serta isu kebakaran gambut.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi memperkenalkan diri Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang diambil seramai 5 orang bermula 1 Mac 2019 dan majlis diakhiri dengan tayangan video aktiviti bulan Februari dan jamuan makan tengahari.

 

Sumbangan artikal : Nurina Jusoh

Written by : nurin