TUPAH, KEDAH: Menteri Besar Kedah, Dato Mukhriz Mahathir ke Loji Rawatan Air Tupah telah dilakukan pada 23 Mac 2019 yang lalu. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi serta Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Tuan Haji Azhari Bin Ahmad.
Terdapat dua projek penggerudian telaga tiub yang rancak dijalankan iaitu di Loji rawatan Air Tupah dan Loji Rawatan Air Merbok. kedua-dua projek tersebut dibina sebagai alternatif bagi sumber air di kedua-dua kawasan tersebut yang sering berlaku krisis kekurangan air pada musim kemarau.