SEREMBAN, 4 DISEMBER 2019 – Sesi Pembentangan Projek ECRL oleh wakil Perunding EIA bersama Perunding Geologi Profesional, Dr. Saim bin Suratman telah diadakan pada pagi ini di Bilik Jurassic JMG NSM.
Pembentangan ini adalah bagi memberikan penerangan tentang Projek ECRL bagi Seksyen C yang melibatkan jajaran dari Mentakab – Port Klang. Jajaran ini akan melalui 2 daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan Seremban. Sesi pembentangan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada semua pegawai dan mendapatkan maklum balas bagi kajian geologi dan geoeknikal yang perlu dimasukkan di dalam Laporan EIA oleh Perunding ERE. Seramai 3 orang wakil perunding EIA dan 9 pegawai JMGNSM telah turut serta di dalam perbincangan ini.