SEREMBAN, 12 DISEMBER 2019 - Satu lawatan kerja telah diadakan di Kuari Panchor Granite yang terletak di Panchor, Negeri Sembilan. Seramai 12 orang kakitangan bersama seorang jurugambar telah turut serta menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk melihat aktiviti yang dijalankan di kuari tersebut.