PROGRAM LAWATAN KE KILIM GEOFOREST PARK SEMPENA PROGRAM PENYELARASAN KATS MANAGEMENT RETREAT 2020

PROGRAM LAWATAN KE KILIM GEOFOREST PARK SEMPENA PROGRAM PENYELARASAN KATS MANAGEMENT RETREAT 2020

PULAU LANGKAWI, KEDAH: Sempena Program Penyelarasan KATS Management 2020 yang diadakan di Berjaya Langkawi Resort, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah diberi amanah untuk mengurus program lawatan ke Kilim Geoforest Park yang diadakan pada 18 Januari 2020 yang lalu.

Lawatan tersebut dihadiri timbalan menteri KATS, YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji beserta isteri, ketua pengarah JMG, Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi serta 120 peserta.  Seawal pukul 8 pagi, para kenamaan berkumpul di Jeti Sungai Kilim untuk mendengar taklimat ringkas daripada pemandu pelancong, En. Osman mengenai sejarah ringkas mengenai Kilim Geoforest Park.

Seusai taklimat diberikan, para peserta dibawa menaiki bot yang telah disediakan, sebanyak 16 buah bot digunakan untuk membawa kesemua peserta lawatan. Destinasi pertama yang dituju adalah Pulau Anak Tikus. Pulau Anak Tikus juga dikenali sebagai Pulau Fosil kerana di pulau tersebut terdapat banyak tinggalan fosil yang berusia jutaan tahun seperti Gastropod dan Cephalopod.

Selepas itu, para peserta dibawa menyusuri kebiruan Laut Andaman dan keindahan pulau-pulau sekitarnya seterusnya berhenti di satu kawasan yang menempatkan tulisan ikonik Kilim Geoforest Park dan memberi peluang kepada para peserta untuk mengambil gambar kenangan. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke eagle feeding site bagi melihat kawanan burung helang mencari makan. Terdapat 2 spesis burung helang yang dominan di kawasan tersebut iaitu helang jenis Brahminy Kite dan White Bellied Sea Eagle.

Kemudian para peserta dibawa ke Pak Su Fish Farm bagi melihat penternakan ikan dalam sangkar. Para peserta juga turut berpeluang memberi makan dan memegang ikan pari yang terdapat di sangkar ikan yang ada. Penat melihat ikan-ikan yang ada, para peserta dihidangkan dengan jamuan ringan sebelum bergerak balik ke jeti Sungai Kilim.

Oleh kerana masih terdapat masa yang berbaki, para peserta diajak melawat Langkawi Geopark Discovery Centre yang juga terletak di Kilim Geoforest Park yang baru beroperasi sejak Ogos 2019. Terdapat banyak maklumat mengenai Pulau Langkawi di berkaitan geologi Pulau Langkawi yang berusia jutaan tahun, flora dan fauna serta mitos dan lagenda mengenai Pulau Langkawi boleh didapati di Discovery Centre.

 Berikut adalah gambar sekitar lawatan:-

DSC 5874DSC 5879DSC 5908DSC 5915DSC 5934DSC 5966DSC 5988DSC 6013DSC 6014DSC 6035DSC 6051DSC 6072DSC 6079DSC 6102DSC 6106DSC 6119DSC 6123DSC 6129DSC 6134DSC 6141DSC 6148DSC 6157DSC 6172DSC 6198DSC 6208DSC 6210DSC 6221DSC 6243DSC 6254DSC 6264DSC 6287DSC 6297

Written by : Wan Bennyamin