SELAMAT BERSARA TUAN HJ JAPILI

SELAMAT BERSARA TUAN HJ JAPILI

KOTA KINABALU, SABAH (04 MAC 2020): RABU, Hari ini merupakan tarikh keramat buat Tuan Haji Japili, Pembantu Geosains C26 yang akan menamatkan perkhidmatan beliau dengan Perkhidmatan Awam umumnya dan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah khasnya.

Setelah hampir 40 tahun dalam perkhidmatan di kerajaan dan akhirnya hari ini beliau akan berehat dan menikmati hari persaraan beliau. Beliau memulakan kerjaya beliau dengan kerajaan pada tanggal 01 November 1981. Beliau yang dikurniakan seorang isteri dan 3 orang cahaya mata. Beliau juga telah mendapat pengikhtirafan APC sebanyak 4 kali sepanjang perkhidmatan beliau. Beliau merupakan seorang yang aktif dan ringan tulang dalam membantu rakan-rakan lain.

JMG Sabah mengucapkan selamat bersara dan selamat hari lahir buat beliau, semoga beliau terus kekal sihat dan menikmati hari-hari beliau dengan penuh kegembiraan.

 Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : En. Daulip Lakkui

HJ JAPILI 1

Tuan Haji Japili bin Samin (Pembantu Geosains Kanan C26)

HJ JAPILI 2

Gambar bersama beberapa orang pegawai dan kakitangan JMG Sabah

HJ JAPILI 3

Thumbprint terakhir dalam perkhidmatan kerajaan

 

Written by : Suriani Ramlee