Lawatan PLAN Malaysia ke Geotapak Warisan Geologi Pasoh

Lawatan PLAN Malaysia ke Geotapak Warisan Geologi Pasoh

PASOH, 12 Ogos 2020  - Satu program lawatan ke kawasan Geotapak Warisan Geologi Pasoh oleh PLAN Malaysia Negeri Sembilan telah diadakan pada hari ini di Pasoh Negeri Sembilan. Seramai 30 orang kakitangan dari jabatan tersebut telah mengikuti lawatan ini dengan diketuai oleh Puan Lily Hamaddah binti Ramlee (Ketua Penolong Pengarah, PLAN Malaysia Negeri Sembilan). Turut hadir ke program ini adalah En Yus Mazni bin Ahmad Yusuf (Penyelaras DUN Pertang).

 
           Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah lawatan ke Gua Pelangi, Gua Tirai dan Gua Kelawar. Peserta yang hadir telah diberi penerangan tentang keunikan setiap gua yang telah mereka lawati. Selain daripada itu, satu taklimat berkaitan Geotapak Warisan Geologi telah disampaikan oleh En Mohd Nizam bin Md Noordin (Penolong Pengarah Kanan, Aktiviti Pemetaan) kepada semua peserta. Peserta turut telah didedahkan tentang keunikan flora dan fauna yang terdapat di sekitar Gua Pasoh oleh En Hardy (penyelidik UKM).

Written by : norhayati_mr