KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN PENGURUSAN JMG SABAH KE PEJABAT MENTERI KERJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN PENGURUSAN JMG SABAH KE PEJABAT MENTERI KERJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (10 MAC 2021): RABU, Kumpulan Pengurusan JMG Sabah telah membuat satu kunjungan kehormat pada 9 Mac 2021 sekitar pukul 3.30 petang di Pejabat Menteri Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi bin Manjun yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga merangkap Menteri Kewangan II Negeri Sabah.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membentangkan peranan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah dalam Halatuju Sabah Maju Jaya kepada Yang Berhormat Menteri.

Di akhir kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri menunjukkan keterujaan beliau tentang peranan JMG Sabah yang besar dan penting serta bertepatan dengan halatuju baru kerajaan iaitu Sabah Maju Jaya berkaitan tonggak Perindustrian, Pelancongan, Kesejahteraan Rakyat dan Jaringan Infrastruktur.

Yang Berhormat Menteri menyatakan beliau akan membawa perkara Peranan JMG Sabah Dalam Halatuju Sabah Maju Jaya di Mesyuarat Kabinet Negeri yang akan diadakan pada 10 Mac 2021 kelak.

Ini merupakan satu sejarah lagi buat JMG Sabah.

 

Sumber Maklumat dan Sumber foto : Tuan Johari Suhaimin, Pegawai Khas YB DSP Masidi Manjun

Sumber Penulisan : Penulis

Written by : Suriani Ramlee