MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN DAN PETA TEKNIKAL PROJEK PEMBANGUNAN RMKe11, JMG SABAH

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN DAN PETA TEKNIKAL PROJEK PEMBANGUNAN RMKe11, JMG SABAH

KUDAT, SABAH (23 MAC 2021): SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah mengadakan satu mesyuarat pemurnian laporan dan peta teknikal projek pembangunan RMKe-11 di Friendly Hotel Kudat selama empat malam lima hari termasuk masa perjalanan pergi dan balik (22 Mac 2021 sehingga 26 Mac 2021).

Ucapan perasmian telah dilaksanakan pada 23 Mac 2021 di Bilik Mesyuarat Friendly Hotel Kudat oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, En. Webster Wong Wong Vui Chung. Mesyuarat kali ini melibatkan tiga unit utama di JMG Sabah yang juga melibatkan aktiviti yang ada dalam setiap unit tersebut. Seramai dua puluh lima (25) orang kakitangan terlibat.

Pegawai yang terlibat dari Unit Sumber Mineral adalah Timbalan Pengarah Sumber Mineral sendiri, En. Daulip @ Dee Dee Lakkui (Ketua Aktiviti Mineral Tenaga), En. Asman bin Alias, Cik Charyismi Yusni binti Handrison (PSH), Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi (Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian), En. Muhammad Umar bin Sarimal, En. Cleafos Totu (Ketua Aktiviti Mineral Logam), En. Azizan Juhin, Dr. Frederick F Tating (Timbalan Pengarah Geosains), En. Bailon Golutin (Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan), En. Goh Khean Seong, En. Jaineh Lingi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), En. Mazrali bin Alway, En. Mazuan bin Roslan, En. Mison bin Ajum, Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen, Dr. Morius Bantas (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal), En. Khairun Nasir bin Moktar, En, Mujibuddin bin Morshidi, Pn. Junidah binti Manggam, En. Micheal Presley Anak Pandang, Pn. Suriani binti Ramlee dan En. Partick Gindol selaku Urusetia serta dua orang pemandu JMG Sabah En. Richard Untuhun dan En. Dharmin bin Muaiyad.

Mereka banyak membincangkan berkaitan dengan penulisan laporan-laporan RMKe 11 yang belum diterbitkan di JMG Sabah. Manakala Unit Perkhidmatan Makmal lebih banyak mengambil peluang untuk menyiapkan laporan analisis mereka.

Tujuan mengadakan mesyuarat ini luar dari JMG Sabah adalah untuk membuka minda dan juga mengelakkan daripada gangguan tugas lain di dalam jabatan. Selain itu, Mesyuarat ini dirancang untuk membincangkan masalah-masalah dalam penyediaan laporan dan peta teknikal serta membuat pemurniaan laporan agar ia memenuhi standard yang dikehendaki oleh Jabatan dan mengikut garis panduan penyediaan laporan yang telah ditetapkan.

Laporan dan peta teknikal untuk semua projek pembangunan adalah antara outcome dan ouput yang wajib dipenuhi sebaik sahaja projek dalam setiap RMK selesai. Jabatan ini mempunyai beberapa projek yang terlibat dalam penyediaan laporan dan peta iaitu Projek Sumber Mineral (SM), Projek Sesar Aktif (SA), Projek GeoWarisan (GW), Projek Rizab Air Tanah (RAT), Projek Bekalan Air Tanah (BAT), Projek Loji Rawatan Air (LRA) dan Pelaporan Analisis Makmal (MK).

Antara Objektif mesyuarat ini adalah :

  1. Semua laporan yang disiapkan akan memenuhi standard yang ditetapkan oleh Jabatan dan mengikut garispanduan penyediaan laporan.
  2. Semua laporan yang disiapkan telah dipersetujui sebulat suara mengenai hasil dan penemuan projek.
  3. Laporan analisis makmal berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pegawai projek masing-masing.

 

Sumber Foto : Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi dan En. Patrick Gindol

Sumber Maklumat dan Sumber Penulisan : Penulis

Written by : Suriani Ramlee