LAWATAN KERJA YB DATUK SERI DR. SHAMSUL ANUAR BIN HJ. NASARAH MENTERI KetSA KE TELAGA EKSPLORASI AIR BAWAH TANAH JMG DI LRA SULTAN ISMAIL

LAWATAN KERJA YB DATUK SERI DR. SHAMSUL ANUAR BIN HJ. NASARAH MENTERI KetSA KE TELAGA EKSPLORASI AIR BAWAH TANAH JMG DI LRA SULTAN ISMAIL

Johor Bahru, 25 Mac 2021 – Baru-baru ini, Menteri KetSA YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Johor dan telah meninjau telaga eksplorasi air bawah tanah JMG di Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail, Skudai, Johor. Turut mengiringi YBDSM KetSA dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pengarah JMG Malaysia YBhg Tuan Hj. Hisamuddin bin Termidi, Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan bin Abdullah, En. Zamri bin Ramli (TKP KEM, Ibupejabat), wakil SUK Johor, RANHILL dan SAJ.

Program dimulai dengan ucapan aluan Pengarah JMG Johor dan taklimat ringkas oleh En. Norhazidi bin Masrom Penolong Pengarah Kanan JMG Johor berkenaan telaga yang dibina. Cadangan pembinaan dua telaga abstraksi di bawah projek penggunaan air bawah tanah sebagai sumber air di loji-loji rawatan air yang menghadapi kekurangan sumber air dalam RMKe 12 ini dijangka dapat membekalkan 1.5 juta liter sehari (MLD) kepada LRA Sultan Ismail iaitu bersamaan keperluan 7,000 pengguna sehari. Program diteruskan dengan demo pengepaman air bawah tanah dan penyampaian cenderahati kepada Menteri KetSA YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah 

Written by : asrul