SEMELING, 15 JULAI 2021 (KHAMIS): JMGKPP turun padang bersama-sama Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah ke geotapak-geotapak Jerai Geopark bagi meninjau keadaan semasa papan tanda dan panel info geotapak yang telah lusuh pada Isnin lalu.
JMGKPP diwakili Timbalan Pengarah Geosains, Tn. Hj. Azizan bin Ali dan Penolong Pengarah Kanan (Pemetaan Geologi), Pn. Nur Susila bt Md. Saaid manakala BPEN Kedah diwakili Pn. Sharifah Noriza bt Syed Zainol Rashid dan En. Hazani bin Hamzah.
Antara lokasi yang dilawati adalah Geotapak Sungai Badak, Tapak Interpretasi Jerai Geopark di Jeti Semeling, Geotapak Bukit Penjara, Pantai Merdeka, Pantai Tsunami Kuala Muda dan Tapak Budaya Pasar Bisik.