BENGKEL PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN

KOTA KINABALU (14 April 2022) Khamis : Satu Bengkel Pengucapan Awam Yang Berkesan telah diadakan khas untuk kakitangan JMG Sabah di pejabat JMG Sabah.  Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu.  Bengkel ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.  Objektif bengkel ini dianjurkan supaya para peserta memahami dan mengetahui makna pengucapan awam dan fungsinya kepada orang lain, memahami dan mengetahui ciri-ciri pengucapan awam, memahami dan mengetahui bagaimana untuk menghasilkan pengucapan awam yang berkesan.

Aktiviti bengkel ini dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Penceramah ChM. Dr. Morius Bantas kepada para peserta yang hadir.  Seterusnya beliau telah memberikan tugasan kepada setiap peserta untuk menyampaikan ucapan sambil rakaman dilakukan.  Teknik ini adalah bertujuan untuk beliau melihat semula kekuatan dan kelemahan yang ada pada peserta seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada dan mempertajamkan kekuatan yang sedia ada.  Dalam pada itu, ia juga mampu mencungkil kreativiti dan mengasah kemahiran peserta untuk memperbaiki dan menyedari kepentingan pengucapan awam dalam kalangan warga kakitangan.


Bengkel ini telah dihadiri oleh 15 orang kakitangan.  Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ChM. Dr. Morius Bantas, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal dan urusetia Unit Pengurusan Maklumat kerana telah berjaya melaksanakan bengkel seumpama ini dan seterusnya memberi peluang bagi kakitangan untuk memenuhi KPI kursus tahunan mereka.

Written by : BESTY