AKTIVITI UNIT LOMBONG DAN KUARI JMG TERENGGANU

AKTIVITI UNIT LOMBONG DAN KUARI JMG TERENGGANU

AKTIVITI LOMBONG DAN KUARI JMGT TERENGGANU mine and quarry activities Aktiviti perlombongan mineral di Terengganu :- • Lombong Emas • Lombong Timah • Lombong Bijih Besi • Lombong Pasir Silika • Lombong Kaolin (tidak aktif/tiada pengeluaran) • Lombong Wolfram/Tungsten (tidak aktif/tiada pengeluaran) • Lombong Batu Dimensi (tidak aktif/tiada pengeluaran) Aktiviti pengkuarian pula sebanyak 15 buah kuari yang beroperasi dan aktif di Terengganu :- • Kuari Andesit • Kuari Granite Kawalseliaan & Penguatkuasaan Monitoring & Enforcement Antara tanggungjawab yang dimainkan oleh Unit Lombong Dan Kuari di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Terengganu adalah mengawalselia dan memeriksa operasi perlombongan dan pengkuarian, perlesenan serta memberi khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan dengannya kepada pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi sektor swasta dan awam. Pemantauan dan Kawalseliaan Aktiviti Perlombongan dan Pengkuarian Monitoring and Supervision of Mining and Quarrying Activities Matlamat asas pemantauan dan kawalselia yang dijalankan di lombong dan kuari adalah untuk memastikan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dijalankan secara teratur, sistematik, mengikut amalan kejuruteraan terbaik dan mematuhi peruntukan perundangan. Undang-undang yang menjadi asas penguatkuasaan di lombong adalah Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakment Mineral (Terengganu) 2002. Manakala bagi operasi pengkuarian pula penguatkuasaan adalah tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Kuari Terengganu 2007. Unit Lombong Dan Kuari amat perihatin terhadap aduan yang diterima berkaitan aktiviti perlombongan dan pengkuarian. Semua aduan yang diterima akan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Sepanjang tahun 2021 terdapat 5 aduan dan tiada laporan kes kemalangan maut yang berlaku di lombong dan kuari. Pelesenan Licensing Antara surat/ lesen yang dikeluarkan oleh Unit Lombong Dan Kuari JMG Terengganu :- • Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong • Surat Kebenaran Pengkuarian. • Surat Penilaian Teknikal untuk mengeksport bahan mineral telah diproses • Surat Penilaian Teknikal untuk mengeksport bahan batuan • Pembaharuan kad/sijil pembedil • Permohonan baru untuk mendapatkan kad dan sijil pembedil. • Lesen Mineral • Lesen Proses • Lesen Angkut Khidmat Nasihat dan Kepakaran Advisory and Expertise Services Selain menjalankan pengawalseliaan dan pemantauan ke atas operasi perlombongan dan pengkuarian, Unit Lombong Dan Kuari juga berperanan memberi khidmat nasihat kepada Pihak berkuasa Negeri, agensi Kerajaan serta pihak swasta dan awam khususnya berkaitan dengan pembangunan industri mineral, disamping menyediakan laporan ulasan bagi permohonan berkaitan carigali, pajakan melombong dan tapak kuari. Aktiviti-aktiviti lain Other Activities Pegawai dari Unit Lombong Dan Kuari juga terlibat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Permohonan Tanah Lombong / Perusahaan Kuari Negeri Terengganu untuk membuat syor dan cadangan kepada Pihak Berkuasa Negeri terhadap permohonan tenemen mineral yang diterima Kerajaan Negeri.

Written by : tarmizi