LAWATAN TAPAK SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN HALAMAN, AMPANG JAYA, SELANGOR

LAWATAN TAPAK SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN HALAMAN, AMPANG JAYA, SELANGOR

SELANGOR, Ampang Jaya, 10 Disember 2022 - Pasukan Penyiasat Bencana Geologi JMG Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan telah digerakkan ke lokasi tanah runtuh di Taman Halaman yang berlaku pada pada 9/12/22 bagi melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas cerun dan kawasan sekitar. Pemeriksaan turut dijalankan bersama pihak MPAJ, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor serta Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (CKC-JKR). Kejadian ini telah mengakibatkan kerosakan pada struktur rumah serta pengosongan beberapa buah rumah.

Tujuan pemeriksaan tapak dilakukan adalah untuk mengenalpasti bahaya geologi (geological hazard) dan tahap kestabilan semasa kawasan terlibat (level of current stability) serta mengenalpasti kemungkinan punca yang mencetus kejadian tanah runtuh yang dilaporkan. Pemeriksaan pihak JMG tertumpu pada aspek geologi dan geomorfologi setempat dalam mengenalpasti punca runtuhan dan cadangan langkah kawalan dan mitigasi yang perlu.

Pihak Jabatan sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang input terutama berkaitan aspek geologi/geologi kejuruteraan permukaan dan subpermukaan tapak dan kawasan sekitar akibat bencana geologi tanah runtuh.

Written by : Daniel