Johor Bahru, 23 April 2024 - JMG Johor telah menjayakan Program membaca selama 10 minit dengan tema 'Baca dan Bahagia' 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' yang berlangsung pada pukul 11 pagi. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.