MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2024 DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2024 DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA  AIDILFITRI JMG JOHOR

Johor Bahru, 29 April 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 04/2024 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Arda Anasha binti Jamil diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Harith bin Hamdan dan bacaan ikrar oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Jainal.

Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin. Majlis diteruskan dengan sesi perkenalan Pembantu Tadbir (P/O) N22 TBK Encik Mohd Saifful bin Mohd Ariffin yang menggantikan Puan Norfazelah binti Hassan yang berpindah ke JPJ Negeri Johor. Puan Norfazelah binti Hassan juga telah diraikan dengan Majlis Perpisahan sempena perpindahannya. Seterus itu, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 telah diadakan dimana 3 orang kakitangan JMG Johor telah dianugerahkan iaitu Puan Noraini binti Basiri, Encik Mohd Razman bin Yusop dan Puan Marlia binti Bohari. Tahniah diucapkan kepada para penerima.

Slot Aktiviti Kelab KSKK JMG Johor telah diadakan dengan penyampaian hadiah Hari Sukan Peringkat Jabatan dengan diikuti dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana program Slot Duit Raya (TNG eWallet), Kuiz Kahoot Alamak Raya Lagi 2024 dan Pertandingan Baju Raya.
 
Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul