KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT MARITIM NEGERI JOHOR

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT MARITIM NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 25 Jun 2024 - YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor berkunjunghormat ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Johor dengan disertai oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral Dr. Sia Say Gee dan Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari En Hairul bin Mohamed Shaharudin ke Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama (M) Nurul Hizam bin Zakaria.

Suatu masa dahulu iaitu ketika isu penyeludupan pasir melalui jalan laut sangat aktif, JMG sering bekerjasama dengan pihak Maritim dalam melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan di lautan. Terima kasih Maritim yang telah menjalankan peranannya menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan dan kedaulatan Negara.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul