MESYUARAT KICK-OFF PERKHIDMATAN SURVEI PERSAMPELAN SEDIMEN DAN KAJIAN ALAM SEKITAR BAGI PROJEK KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA 3B DI PERAIRAN LEPAS PANTAI KELANTAN DAN TERENGGANU

MESYUARAT KICK-OFF PERKHIDMATAN SURVEI PERSAMPELAN SEDIMEN DAN KAJIAN ALAM SEKITAR BAGI PROJEK KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA 3B DI PERAIRAN LEPAS PANTAI KELANTAN DAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 23 JULAI 2024:  Mesyuarat Kick-Off Perkhidmatan Survei Persampelan Sedimen Dan Kajian Alam Sekitar Bagi Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3b di Perairan Lepas Pantai Kelantan Dan Terengganu telah diadakan di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, Terengganu untuk memperihalkan perancangan gerak kerja perkhidmatan yang akan dijalankan selama 8 bulan ini. Mesyuarat disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak.

Turut serta dalam majlis ini ialah pegawai-pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal (Geologi Marin), JMG Kelantan dan JMG Terengganu serta kontraktor yang dilantik iaitu Syarikat Spatialworks Sdn Bhd. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil agensi kerajaan yang berkaitan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Laut Malaysia, Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia (JKPTG) dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Objektif projek adalah untuk memetakan dan mengenalpasti kawasan – kawasan berpotensi bagi deposit pasir laut luar pesisir, termasuk jenis pasir yang sedia ada serta isipadunya melalui survei lapangan.

Majlis diserikan lagi dengan pembentangan kajian dari pihak Spatialworks Sdn Bhd mengenai perancangan projek survei persampelan sedimen dan kajian alam sekitar ini. Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati pihak Spatialworks Sdn Bhd kepada pihak JMG.

Written by : zahar