LAWATAN TAPAK UNTUK PROJEK MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAHKAN PERALATAN AWAL BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH

LAWATAN TAPAK UNTUK PROJEK MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAHKAN PERALATAN AWAL BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH
Pengerang, 24 Julai 2024 - Baru-baru ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dari Unit Geosains telah mengadakan satu lawatan tapak cerun kritikal di sekitar Pengerang, Johor.Terdapat pelbagai agensi yang terlibat dalam lawatan ini antaranya Majlis Perbandaran Pengerang, Ranhill SAJ dan Astaka Holding Bukit Pelali.
Lawatan tapak ini bagi membincangkan pemasangan alat peralatan awal bencana geologi tanah runtuh.Lawatan tapak ini dihadiri Encik Norhazidi bin Masrom (Penolong Pengarah Kanan) dan Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad (Penolong Pengarah).
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor
 
 
 
 
 

Written by : asrul