KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PANGLIMA BRIGED KETUJUH INFANTRI MALAYISA DI KEM MAHKOTA KLUANG, JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PANGLIMA BRIGED KETUJUH INFANTRI MALAYISA DI KEM MAHKOTA KLUANG, JOHOR

Kem Mahkota, Kluang, 03 September 2024 - Hari ini, Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin bersama dengan Timbalan Pengarah Sumber Mineral Dr Sia Say Gee telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia iaitu Brid Jen Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad di Kem Mahkota, Kluang, Johor.

Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan lawatan kerja JMG Johor ke Pulau Pisang khusus bagi memantau keadaan telaga tiub yang dibina bagi membekalkan air bersih untuk kegunaan anggota tentera yang bertugas di Pos Pulau Pisang di bawah naungan Briged Ketujuh Infantri.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul