IPOH, 4 Disember 2024: Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan program Pencegahan Kebakaran untuk tahun ini. Program bertujuan untuk memberi kesedaran serta pengetahuan dalam pencegahan kebakaran.
Program telah diaturkan oleh Jawatankuasa Keselamatan BPT dan turut disertai oleh kakitangan-kakitangan dari Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Perak.
Bomba Ipoh telah dipanggil untuk memberikan taklimat pencegahan kebakaran yang diketuai oleh En. Rahman Abdul Rahim serta tiga kakitangan lain. Selesai program, telah diadakan sesi 'post mortem' bagi menilai segala kelemahan dan mendapatkan maklumbalas serta cadangan dari Ketua Pegawai Bomba berkenaan.
Pihak JMG mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Pihak Bomba serta pegawai-pegawai bomba yang terlibat di dalam program ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk program yang akan datang.