
IPOH, 13 Februari 2025: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia di Ipoh telah mengadakan mesyuarat “kick off” bagi sebutharga bekalan dan pemasangan “canopy hood” beserta kelengkapan dan aksesori berkaitan antara Makmal BPT dan Maxsains System Ent. (pembekal) untuk Projek Naiktaraf dan Peningkatan Kemudahan Makmal JMG Ipoh. Pihak Makmal diwakili oleh En Mohd. Fuzi Bin Hashim (Ketua Projek), Pn Akrimi Masua Binti Mohamad (Pegawai Perolehan) dan dua kakitangan yang berkaitan. Pihak Maxsains disertai oleh Mr Lau, Mr Jason, Mdm Mei Ying, Mdm Anne dan Mr Kenny.
Mesyuarat ini adalah pertemuan awal untuk memulakan projek. Ia bertujuan untuk menyatukan semua pihak yang terlibat, termasuk tim Makmal BPT dan pihak Maxsains (pembekal), menetapkan matlamat, dan langkah-langkah yang akan diambil untuk melaksanakan projek. Antara perkara yang dibincangkan ialah (1) latar belakang projek, (2) matlamat dan tujuan, (3) tugas dan tanggungjawab setiap pihak, (4) jadual dan tempoh perlaksanaan, (5) isu dan masalah yang mungkin timbul dan cara menangganinya.
Mesyuarat ini penting bagi membantu memastikan semua pihak memahami arah dan tujuan perlaksanaan projek, pematuhan spesifikasi serta mengurangkan risiko kegagalan.