
IPOH, 13 Februari 2025: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia di Ipoh telah menerima lawatan dari delegasi PKINK Kelantan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Dato' Sr. Zamri Bin Ismail. Turut hadir mengiringi ialah GM Kelstone Sdn. Bhd., PGeol. Phakhruddin bin Abdullah. Pihak Makmal JMG disertai oleh wakil Pengarah Makmal, En Mohammad Aswandi Bin Ariff, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai.
Lawatan bertujuan untuk memahami prosedur permohonan analisis bagi mengenal pasti potensi pembangunan mineral di Negeri Kelantan. Lawatan dimulai dengan sesi taklimat dan perbincangan disusuli lawatan ke Makmal Mineral Strategik Negara, Makmal Penyediaan Sampel dan Makmal REE Negara.
Pihak Makmal mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan kepada perkhidmatan kami dan mengharapkan objektif lawatan oleh pihak PKINK tercapai seperti dihajatkan.