
Mersing, 20 Februari 2025 - Baru-baru ini, Unit Geosains Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah membawa rombongan ahli mesyuarat penyediaan anggaran bajet mengurus Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ke Geotapak Dataran Pasang Surut Pulau Mawar dan Telaga Tiub Gunung Arong di Mersing Johor.
Lawatan ini disertai oleh Pengarah Penyelarasan Pelaksanaan Operasi, Puan Asminah binti Rajuli dan Timbalan Pengarah Cawangan Perancangan, Pegawai-Pegawai Bajet, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir Kewangan seluruh Malaysia dalam penyediaan dokumen bajet JMG bagi tahun 2026 di Hotel Sri Malaysia Johor Bahru dengan membawa mereka ke Geotapak Pulau Mawar bagi mengurangkan tekanan berkerja dan memperkenalkan destinasi indah yang ada di Negeri Johor
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan dua bidang tugas utama JMG di Johor iaitu Pemetaan dan Pencirian Geologi & Geowarisan serta Penilaian Sumber Air Bawah Tanah Negara.
Dataran pasang surut Pulau Mawar merupakan geotapak istimewa yang memaparkan rekod proses pemendapan di kawasan pesisir dan dataran yang terhampar mempamerkan pelbagai hasilan oleh arus pasang surut dan ombak.
Pulau Mawar merupakan antara destinasi utama pelancongan di Mersing khususnya kepada mereka yang mencari ketenangan dan kedamaian. Dikenali sebagai ‘Heaven Gate’ atau Gerbang Pulau Mawar, ia tempat indah untuk mereka yang gemar bergambar.
Bantuan daripada Geoguide En Mohd Efeendy aka Blerong dan Geoguide Rashidah binti Ismail dalam memberikan penerangan akan keunikan Geotapak Pulau Mawar diharap dapat memberikan para peserta kefahaman dan kenangan indah ketika mengunjungi geotapak ini. Ironinya, geoguide merupakan outcome yang berjaya dihasilkan daripada perlaksanaan Projek Pembangunan Geopark Negara yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Sumbangan artikel : FB jmgjohor