BOLING TERTUTUP PIALA PENGARAH JMG JOHOR 2025

BOLING TERTUTUP PIALA PENGARAH JMG JOHOR 2025

Johor Bahru, 24 Februari 2025 - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor melalui Kelab Sukan dan Kebajikan telah menganjurkan Pertandingan Tertutup Boling Piala Pengarah JMG Johor.

Selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat, JMG Johor berharap agar warganya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan riadah sebahagian daripada aktiviti harian masing-masing. Disamping itu, keakraban sesama warga juga dapat dimantapkan bagi memasti dan meningkatkan keseronokan bekerja.

Warga JMG Johor dibahagikan kepada 7 pasukan tanpa mengambilkira peringkat jawatan atau unit dan diundi mengikut tahap kemahiran dalam sukan boling.

Dengan jatuhan 296 pin, Encik Muhammad Harith bin Hamdan mengungguli kategori lelaki, manakala Puan Fatimah Kamaludeen berjaya menjuarai kategori wanita dengan jatuhan 211 pin dalam dua pusingan.

Tahun 2025, Piala Pengarah JMG Johor telah berjaya dimenangi oleh Kumpulan 7  yang dianggotai oleh Encik Md Aris bin Md Esa, Encik Muhammad Fariz bin Dzulkapri, Encik Mohd Shazwan Zainie Jainal dan Puan Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen. Semoga Warga JMG Johor terus ceria, sihat dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul