IPOH, 23 Oktober 2017: BPT telah menganjurkan Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran pada 23 dan 24 Oktober 2017. Kursus ini disertai oleh pengguna-pengguna perlatan sinaran dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kesedaran keselamatan berkaitan dengan sinaran.
PEMASANGAN LASER ABLATION ICP-MS
IPOH, 9 Oktober 2017: Yang ditunggu dah tiba...Pemasangan Laser Ablation ICP-MS telah dijalankan pada 9-10 Oktober 2017. Sesi kursus penggunaan LAICP-MS telah diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2017. Pemasangan dan kursus telah disampaikan oleh Mr. Don yang diterbangkan dari Amerika Syarikat. Turut serta di dalam kursus ini adalah wakil Perkin Elmer Thailand, Perkin Elmer Singapore dan Perkin Elmer Malaysia.
PEMBANTU PENYELIDIK Q19 BAHARU Pusat Penyelidikan Mineral
Pada Oktober 2017, Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh telah menerima 13 orang Pembantu Penyelidik Q19 baharu. Kehadiran pembantu penyelidik baharu ini sebagai mengisi kekosongan jawatan Pembantu Penyelidik Q19 yang sedia ada di PPM.
Sepanjang bulan Oktober, kakitangan baharu ini akan mengikuti program orientasi dalaman dan sangkutan di semua Cawangan PPM, sebelum ditempatkan ke cawangan-cawangan teknikal PPM.
Dengan pengisian pembantu penyelidik baharu ini diharapkan agar kerja-kerja R&D PPM dapat berjalan dengan lebih lancar.
Kakitangan Wanita JMG Malaysia Didedah Ilmu Pengurusan Geopark
IPOH, 26 Oktober 2017 - Satu Program Kesedaran Pengurusan Geopark Secara Mampan telah diadakan di Impiana Hotel di sini anjuran Puspanita JMG Malaysia khusus untuk kakitangan jabatan yang majoritinya bukan daripada kumpulan teknikal.
PROGRAM TURUN PADANG MENTERI NRE KE JOHOR
Johor Bahru, 23 Oktober 2017 - Yb Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan Program Turun Padang ke Johor yang khusus untuk lawatan ke Batuan Tengah yang diselaraskan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Lawatan NRE Ke Tapak Projek Telaga Air Tanah di Kedah
NAKA, 27 Oktober 2017 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berbesar hati menerima kehadiran delegasi daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ke jabatan ini untuk kerja-kerja audit perolehan dan transaksi kewangan.
Kursus Persampelan Teras Sedimen Sungai di Kuala Muda
KUALA MUDA, 12 Oktober 2017 - Satu Kursus Persampelan Teras Sedimen Sungai telah diadakan di Kuala Sungai Muda dekat Tikam Batu.
Pameran Geopark Jerai di Majlis Ulangtahun ke-10 Langkawi UNESCO Global Geopark
LANGKAWI, 14 Oktober - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berbesar hati apabila dijemput untuk mengadakan pameran Geopark Jerai di Majlis Ulangtahun ke-10 Penubuhan Langkawi UNESCO Global Geopark.
Majlis Jasamu Dikenang Bersempena Pertukaran Pengarah JMG KPP
ALOR SETAR, 10 Oktober 2017 - Satu majlis 'Jasamu Dikenang' telah diadakan bersempena pertukaran Tuan Pengarah JMGKPP, Tuan Haji Che Abdul Rahman Bin Jaafar ke JMG Kelantan pada 16 Oktober nanti.
JMG KPP turun padang ke lokasi tanah runtuh Tanjung Bungah
TANJUNG BUNGAH, 22 Oktober 2017 - Pengarah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Tuan Haji Azhari Bin Ahmad bersama-sama pegawai geosains turun padang ke lokasi tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan Lembah Permai di sini.