majlis perhimpunan bulanan, perpisahan dan suai kenal

majlis perhimpunan bulanan, perpisahan dan suai kenal

Pada 26hb. Oktober 2017 Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP telah diadakan dan sehubungan itu pihak jabatan juga menganjurkan Majlis Perpisahan untuk En. Mohd Fauzi b. Osman yang dinaikkan pangkat dari Gred C32 ke Gred C38, jawatan Ketua Penolong Pegawai Geosains yang akan bertukar ke Ibu Pejabat JMG serta Majlis Suai Kenal bersama En. Harry Jenyrius Majin yang berpindah dari JMG Sarawak ke JMGSWP yang dinaikkan pangkat dari Gred C19 ke Gred C22, jawatan Pembantu Geosains. Tahniah.

Baca selanjutnya

45 peserta sertai ekspedisi Geotrail Titi Hayun, Geopark Jerai

45 peserta sertai ekspedisi Geotrail Titi Hayun, Geopark Jerai

YAN - Seramai 45 peserta terlibat dalam ekspedisi Geotrail dari Titi Hayun hingga ke Puteri Mandi, Yan baru-baru ini.

Pegawai Geosains Kanan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Nur Susila Md. Saaid berkata, program yang dianjurkan mendapat kerjasama baik daripada Bahagian Pembangunan Ekonomi Kedah (BPEN Kedah) dan Majlis Daerah Yan (MDY).

Baca selanjutnya

WATER LEADERS FORUM 2017 DI HOTEL MUTIARA, JOHOR BAHRU

muka depan water forum 2017

Johor Bahru, 2 Oktober 2017 - JMG Johor telah dijemput untuk turut serta dalam program ini yang merupakan salah satu program di bawah ‘Johor Water Forum’. Sebagai agensi persekutuan yang bertanggungjawab dalam isu berkaitan air tanah, JMG akan terus komited membantu khususnya dalam memberi maklumat dan buah fikiran kepada Kerajaan Negeri Johor dalam menguruskan sumber airnya. Sesungguhnya air tanah merupakan sumber air yang perlu digunakan secara konjunktif dan bukan alternatif. JMG Johor telah diwakili oleh Ketua Unit Geosains, Noorazhar bin Ngatimin.

Baca selanjutnya