East Asia Summit Seminar On Natural Resources Management and Information Sharing

East Asia Summit Seminar On Natural Resources Management and Information Sharing

TIANJIN, CHINA (10 -13 OKTOBER 2019) - Satu seminar iaitu "The Seminar On Natural Resources and Information Sharing For East Asia Summit Member Nation" telah dihadiri oleh dua orang pegawai yang mewakili JMG Malaysia iaitu En. Hillary Muyan (Timbalan Pengarah JMG Sarawak) dan En. Webster Wong (Menanggung Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Sabah) bertempat di Tianjin Meijiang Convention Center. Seminar ini dianjurkan oleh Development Research Center, China Geological Survey dan telah ditaja oleh Ministry of Foreign Affairs of the People's Republic of China, Ministry of Natural Resources of the People's Republic of China dan China Geological Survey.

Baca selanjutnya

MESYUARAT TEKNIKAL PEMPROSESAN DAN PENTAFSIRAN DATA PROJEK SURVEI MT LAHAD DATU, SABAH DI PULAU PINANG

MESYUARAT TEKNIKAL PEMPROSESAN DAN PENTAFSIRAN DATA PROJEK SURVEI MT LAHAD DATU, SABAH DI PULAU PINANG

BUKIT JAMBUL, PULAU PINANG (17 - 19 OKTOBER 2019) : Seramai dua puluh kakitangan Unit Geofizik dari seluruh cawangan JMG Malaysia telah berkumpul untuk menghadiri mesyuarat teknikal pemprosesan dan pentadbiran data projek Lahad Datu, Sabah di Vistana Hotel, Pulau Pinang yang dipergerusikan oleh Dr. Frederick F. Tating (JMG, Sabah). Objektif mesyuarat adalah untuk membuat pentafsiran atas data yang telah di ambil di tapak projek bersama pihak vendor yang disampaikan oleh Prof. Rosli. Disamping itu, satu penyerahan akhir projek daripada pihak vendor kepada JMG Sabah juga telah dilaksanakan. Mesyuarat telah dibantu dua orang kakitangan (JMG Sabah) sebagai urusetia mesyuarat.

pic penang4

 

pic penang3

 

pic penang2

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL.10/2019 DAN PERPISAHAN EN. HARRY JENYRIUS MAJIN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL.10/2019 DAN PERPISAHAN EN. HARRY JENYRIUS MAJIN

SHAH ALAM, Jumaat 15 Oktober 2019 - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Perpisahan En. Harry Jenyrius Majin, Pembantu Geosains Gred C22 yang akan berpindah ke JMG Sabah pada hujung bulan Oktober. Pengarah yang berusaha En. Jontih Enggihon serta keseluruhan warga JMGSWP mengucapkan salam perpisahan, penghargaan atas khidmat yang telah disumbangkan dan selamat maju jaya semoga pengalaman kerja yang tidak sebarapa lama di JMGSWP tetap akan menjadi kenangan manis yang akan dibawa bersama bertugas di kampung halaman, Kota Kinabalu. Sekian, terima kasih.

Baca selanjutnya

Istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

Istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

AYER KEROH, MELAKA (12-13 Oktober) - Satu istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 TYT Yang Di-Pertua Negeri Mekala telah diadakan pada 12-13 Oktober 2019 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Istiadat dimulakan dengan Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama bertempat di Dataran Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh. En Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri istiadat tersebut.