Program Perhimpunan Bulanan dan Latihan Pemadaman Kebakaran JMG Pahang Oktober 2019

Program Perhimpunan Bulanan dan Latihan Pemadaman Kebakaran JMG Pahang Oktober 2019

Oleh : Mohammad Aznawi bin Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

 

selesai IMG 0117 

Pada 24 Oktober 2019, bersamaan hari Khamis, 25 Safar 1441H, telah dijalankan Program Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2019 JMG Pahang. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di Bilik Ilmenite, JMG Pahang. Perhimpunan bulanan kali ini dikelolakan oleh Unit Geosains JMG Pahang, dengan pengacara majlis ialah En. Nazreen Alhafiz bin Muhamad Japeri, Pembantu Geosains JMG Pahang.

Nazreen IMG 0063

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En Abd Razak bin Zainal Abidin, Pegawai Geosains, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang dan Lagu JMG Malaysia oleh para hadirin. Lafaz ikrar kemudian disampaikan oleh En Hazami bin Abdullah, Pembantu Geosains JMG Pahang.

razak IMG 0065

nyanyi IMG 0066

hazami IMG 0067

Program diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah JMG Pahang, YH Dato’ Ir. Azman bin Abd. Majid. Beliau menyampaikan amanat beliau berkenaan perkara terkini yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang, antaranya termasuk kedudukan perbelanjaan jabatan yang agak kurang memuaskan serta keperluan kakitangan menyiapkan tugasan yang masih tertangguh. Beliau juga turut mengingatkan semua kakitangan supaya menyediakan dan menyiapkan Laporan Prestasi Tahunan 2019 secepoat mungkin dan menastikan Sasaran Kerja Tahunan 2019 dicapai dan dipatuhi mengikut perancangan yang ditetapkan dan dipersetujui.

dato IMG 0074

hadirin 1 IMG 0071 hadirin 2 IMG 0070

 

Semasa Pengarah JMG Pahang sedang menyampaikan ucapan amanat beliau, tiba-tiba kedengaran dengan kuat deringan loceng panjang yang kebiasaannya menandakan ada berlakunya kebakaran. Deringan panjang loceng tersebut sebenarnya ialah untuk program latihan kebakaran – fire drill untuk semua kakitangan JMG Pahang dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Cawangan Indera Mahkota Kuantan yang telah diberikan tugasan, tiada menyatakan dengan tepat waktu sebenar fire drill berkenaan akan dilaksanakan. Kakitangan JMG Pahang kemudiannya telah diarah bergerak ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, pergerakan kakitangan berjalan dengan baik dan lancar dan kakitangan telah dihitung-kira bilangan mengikut ketetapan prosedur fire drill.

K 1 IMG 0083

K3 IMG 0094

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, kemudiannya telah menyampaikan taklimat prosedur kebakaran kepada kakitangan JMG Pahang. Taklimat disampaikan oleh En Malindo dan dibantu oleh En. Shahrul dari cawangan bomba tersebut.

K2 IMG 0088

En Malindo telah menyampaikan taklimat panjang lebar antara lain berkenaan persediaan asas sekiranya berlaku kebakaran dan persiapan serta kegunaan alat pemadam api yang ada di pejabat. Teknik PASS – P = Pin (Buka pin), A = Aim (Arahkan muncung), S = Squeeze (Tekan Pemicu) dan S = Swipe (Sebarkan) diterangkan dengan terperinci berkenaan teknik penggunaan asas alat pemadam api.

K4 IMG 0098

Demontrasi memadam kebakaran turut dijalankan oleh pihak bomba dan kakitangan JMG Pahang diberi peluang untuk mencuba menggunakan alat pemadam kebakaran yang disediakan.

K5 IMG 0102

K6 IMG 0104

K7 IMG 0108 

K8 IMG 0113

Pihak JMG Pahang ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih dan penghargaan buat pihak Jabatan Bomba dan Pemyelamat. Cawangan Indera Mahkota Kuantan yang sudi melaksanakan demonstrai dan latihan fire drill berkaitan. Semoga usaha dan latihan yang dilaksanakan sedikit sebanyak memberikan kebaikan dan ilmu yang berguna kepada kakitangan JMG Pahang dalam menghadapi perkara luar jangkaan, Insha Allah. Terima kasih kepada En. Malindo dan En Shahrul serta Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Indera Mahkota atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan .

Selepas demonstrasi kebakaran dan laitihan fire drill berkenaan, sesi perhimpunan bulanan diteruskan dan disambung semula oleh Pengarah JMG Pahang. Pengarah antara lain menyambung berkaitan periha kenaikan panghkat, pergerakan kakitangan dan perlunya kakitangan melaksanakan kepentingan tugasan di tempat bertugas terlebih dahulu, sebelum maelaksanakan tugasan di luar.

Program diteruskan dengan sesi pengucapan awam oleh Pn. Intan binti Othman, Setiausaha Pejabat JMG Pahang yang menyampaikan topik berkenaan Persediaan Kematian, diikuti oleh En. Adha Syuraini bin Abd Ghani, Pegawai Geosains Uni Lombong dan Kuari berkenaan tajuk Pemuliharaan Bekas Lombong. Sesi pengucapan Awam diakhiri oleh En. Mohd Irwan bin Md Yusof yang membentangkan berkenaan tajuk Kuantan – Sejarah Dahulu. Warga MG Pahang yang hadir nampaknya menumpukan perhatian yang baik dan menunjukkan minat atas perkongsian pengetahuan yang dibuat semasa sesi ini berlangsung.

intan IMG 0120

adha IMG 0121 

irwan IMG 0122

Program Perhimpunan Bulanan Bulan Oktober 2019 JMG Pahang ini dikahiri dan ditangguhkan dengan majlis makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari.

Semoga program yang dilaksanakan ini terus dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaan tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.

-Sekian-

SESI PERTEMUAN KETUA PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA BERSAMA KAKITANGAN GUNASAMA DIBAWAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, KUALA LUMPUR

SESI PERTEMUAN KETUA PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA BERSAMA KAKITANGAN GUNASAMA DIBAWAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, KUALA LUMPUR

KOTA KINABALU, SABAH (18 OKTOBER 2019): JUMAAT, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Pn. Maizan binti Ismail bersama tiga orang pegawaia kanan telah membuat satu lawatan kerja ke negeri Sabah pada hari ini. Lawatan ini pada mulanya merupakan lawatan kerja Ketua Pengarah ke Perpustakaan Awam Negeri Sabah yang baru bertempat di Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Baca selanjutnya