KOTA KINABALU, SABAH (18 OKTOBER 2019): JUMAAT, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Pn. Maizan binti Ismail bersama tiga orang pegawaia kanan telah membuat satu lawatan kerja ke negeri Sabah pada hari ini. Lawatan ini pada mulanya merupakan lawatan kerja Ketua Pengarah ke Perpustakaan Awam Negeri Sabah yang baru bertempat di Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Di samping itu, kedatangan Ketua Pengarah ini adalah bertujuan melawat salah seorang Pustakawan S44, En. Suzlan di IPG Kent Tuaran yang sedang sakit. Selain membuat satu pertemuan bersama kakitangan gunasama PNM yang bertugas di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam pertemuan ini juga Ketua Pengarah sempat membincangkan berkaitan perkhidmatan kakitangan di sebuah organisasi yang agak lama dan bolehlah bertukar atau ditukarkan. Dalam sesi ini juga En. Suzlan sempat memperkenalkan Perpustakaan IPG Kent kepada beberapa orang kakitangan dibawah naungan PNM untuk perkongsian ilmu.
Turut sama dalam lawatan kerja Ketua Pengarah, Pn. Maizan ini adalah En. Abdul Rahman, En. Sharizal dan En. Eddie. Pn. Suriani turut hadir dalam pertemuan ini bagi mewakili JMG Sabah. Pertemuan tamat pada sekitar pukul 11.00 pagi kerana Ketua Pengarah Pn. Maizan perlu bergegas ke lawatan kerja yang lain termasuklah ke perpustakaan -perpustakaan desa. Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Perpustakaan yang utama di Malaysia.
Sumber Maklumat dan Sumber Foto : Penulis