Lawatan ke Kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd.

Lawatan ke Kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd.
IPOH, 13 OKT- Seramai enam orang pegawai dan pembantu penyelidik dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT), Pusat Penyelidikan Mineral bersama seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan telah mengadakan lawatan ke kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd. di Simpang Pulai hari ini.
 
Lawatan ini bertujuan
◦ memberi pendedahan tentang aktiviti pengkuarian batu kapur
◦ mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pemprosesan dan penggunaan produk
◦ menjalinkan usahasama dalam perkara bersesuaian di antara PPM-JMG dan pihak industri
 
Diharapkan melalui lawatan teknikal ini, semua yang terlibat mendapat input yang bermanfaat mengenai mineral batu kapur dan boleh diaplikasikan dalam aktiviti penyelidikan penghasilan produk.

Hari Sukan PPM 2022

Hari Sukan PPM 2022

IPOH 3-7 OKT. Bersempena Hari Sukan Negara 2022, Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan Hari Sukan PPM pada 3-7 Oktober 2022. Antara sukan yang dipertandingkan adalah seperti dart, catur, congkak, karom, ping pong, pool dan badminton.

Kakitangan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Zamrud, Nilam, Intan dan Delima. Masing-masing menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dalam aktiviti yang dipertandingkan.

Kemuncak Hari Sukan PPM telah diadakan pada 7 Oktober 222 dan telah dijuarai oleh Kumpulan Intan diikuti oleh Zamrud, Nilam, dan Delima.