Aktiviti Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Kewangan - Arkib 4/08)

Aktiviti Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Kewangan - Arkib 4/08)

STESEN UJIAN GALIAN (SUGA) MALIM NAWAR, 8 NOV 2022 - Seramai 20 orang kakitangan dari Unit Pentadbiran dan Kewangan telah melaksanakan Aktiviti Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Kewangan - Arkib 4/08). Pemusnahan ini dilaksanakan setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Arkib Negara Negeri Perak, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Audit Negara Malaysia Negeri Perak. Tempoh Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan ini meliputi tahun 1982 sehingga tahun 2018.

Tempoh penyimpanan Rekod Kewangan dan Perakaunan untuk dimusnahkan adalah dokumen kategori 7 tahun, 4 tahun, 3 Tahun dan 1 tahun mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 PPM

Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 PPM
IPOH 1-2 NOVEMBER 2022 - Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 telah berjaya diadakan untuk dua skop perkhidmatan di PPM iaitu Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Acara pada hari pertama dimulakan dengan mesyuarat pembukaan diikuti dengan proses audit dalaman bagi pihak pengurusan, promosi, kewangan dan Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral.
 
Manakala pada sebelah petangnya audit diteruskan bagi Unit Seramik Termaju, Cawangan Teknologi Bahan Termaju, Unit Perlombongan CTPP, dokumentasi dan latihan.
 
Pada hari kedua, para juruaudit bermesyuarat sebelum diakhiri dengan mesyuarat penutup.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan MS ISO 9001:2015 PPM kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan proses audit ini. Semoga terus maju jaya dalam audit luar pada Disember 2022 nanti.

SEMINAR PEMERKASAAN EKOPELANCONGAN SUMBER ASLI DI PANTAI CAHAYA BULAN, KELANTAN

SEMINAR PEMERKASAAN EKOPELANCONGAN SUMBER ASLI DI PANTAI CAHAYA BULAN, KELANTAN

29hb Oktober 2022 (Sabtu) – Wakil Geopark Lenggong dan Geopark Lembah Kinta bagi JMG Perak telah dijemput ke Majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Program ini dirasmikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Abdul Wahid Abu Salim.

Baca selanjutnya

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG)

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG)
Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) adalah berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001: 2015 bagi:
Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM)
Perkhidmatan UPM (Bijih Timah, Bijih Besi, Bijih Emas dan Pasir Silika) kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pemprosesan seperti berikut:
• Ujian Taburan Saiz Partikel
• Ujian Penentuan Komposisi Kimia Sampel Dengan Menggunakan Alat Spektrometer Pendaflor Sinar-X (XRF)
• Analisis Kandungan Mineral
• Ujian Penentuan Kandungan Stanum (Sn) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Emas (Au) dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Sulfur (S) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Organik
• Ujian Penentuan Kandungan Silikon Dioksida (SiO2) Dalam Pasir Silika
• Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer
• Ujian Penentuan Kandungan Titanium (Ti) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer Ujian Penentuan Kandungan Aluminium (Al) Menggunakan Alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS)
• Ujian Penentuan Kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg)
• Ujian Pengisaran
• Ujian Pengasingan Graviti Menggunakan Alat Jig dan Meja Ayun
• Ujian Pengasingan Bermagnet Menggunakan Alat Pemisah Bermagnet Dwi Cakera (DDMS) dan Alat Pengasingan Bermagnet Berkeamatan Tinggi Cara Basah (WHIMS)
• Ujian Pengapungan Buih
• Ujian Pengasingan Bervoltan Tinggi
• Ujian Penggosok Geseran (Attrition Scrubbing)
• Ujian Penentuan Fasa Mineral Menggunakan Alat Pembelauan Sinar-X (XRD)
• Ujian Penentuan Kandungan Karbon (C) dan Sulfur (S)