KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Satu majlis perasmian bilik mesyuarat GNSS telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin pada hari ini 23 Januari 2020 bersamaan hari Khamis di Bangunan Blok Jesselton Tingkat 2, JMG Sabah sekitar pukul 1200 tengahari.
MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH EN. PAULIUS GODWIN
KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Satu majlis persaraan Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin telah diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Bangunan Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 10.40 pagi pada 23 Januari 2020.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2020 ANJURAN UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Setiap bulan satu Majlis Perhimpunan Bulanan akan dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah. Penggiliran penganjuran majlis adalah mengikut unit-unit yang ada di JMG Sabah. Pada awal Januari 2020, penganjur bagi majlis kali ini adalah Unit Pengurusan Maklumat, JMG Sabah. Majlis ini diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Bangunan Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 8.40 pagi pada 23 Januari 2020.
INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JMGNSM
SEREMBAN, 28 Januari 2020 - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka telah menerima kehadiran pegawai-pegawai dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sembilan. Lawatan diketuai oleh Encik Addy Husszairi bin Husin (Pengarah), Encik Fardzly Hisyam bin Yusof dan Encik Husairi bin Ibrahim Esa. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mengaudit dan memberi khidmat nasihat berkaitan dengan keselamatan dokumen dan pejabat.
Kursus Blogger JMGNSM
SEREMBAN, 30 Januari 2020 - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka telah mengadakan Kursus Blogger Jabatan bertempat di Bilik Mesyuarat Jurassic. Seramai 10 orang telah menghadiri kursus tersebut. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kaedah penulisan blog.