Perkongsian Ilmu "'Pembangunan Industri Mineral di Malaysia'

Perkongsian Ilmu "'Pembangunan Industri Mineral di Malaysia'
IPOH, 28 JAN - Pegawai Penyelidik PPM, Ts. Zawawi Mahim telah dijemput oleh Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menyampaikan perkongsian ilmu sempena Industry Days anjuran UniMAP secara atas talian pada petang ini. Beliau telah menyampaikan perkongsian ilmu yang bertajuk 'Pembangunan Industri Mineral di Malaysia'.
 
Dalam perkongsian ini, beliau turut memperkenalkan PPM serta Cawangan-cawangan yang ada dan peranannya kepada para peserta yang terlibat. Selain itu juga, beliau turut mempromosikan perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) serta Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) yang bertaraf MS ISO 9002:2015 kepada para peserta.

Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2023 PPM

Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2023 PPM
IPOH, 19 JAN - Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2023 telah diadakan di Dewan Seminar PPM yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad.
 
Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pencapaian para pegawai penyelidik pada tahun 2022 yang telah banyak mengangkat nama Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia melalui pertandingan-pertandingan inovasi, pembentangan kertas teknikal, dan usahasama yang dijalinkan dengan pihak industri dalam pembangunan mineral.
 
Di samping itu juga, turut dibentangkan perancangan aktiviti R&D bagi tahun 2023 bagi memastikan kajian-kajian yang berkaitan dengan sumber mineral dapat dijalankan secara efektif dan efisien melalui pembangunan penyelidikan secara mampan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 01/2023 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 01/2023 JMGSWP

SHAH ALAM, 30 Januari 2023 – JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 01/2023 untuk kali pertama pertama untuk tahun 2023. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam dan diikuti perutusan oleh pengarah, Yang Berusaha Encik Tuan Rusli b. Tuan Mohamed.

Untuk makluman, JMGSWP telah menerima penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas sumbangan jasa bakti dan komitmen dalam operasi mencari dan menyelamat dalam tragedy tanah runtuh Batang Kali, Selangor Darul Ehsan sempena majlis “National Conference on Mental Health & Wellbeing” yang berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya baru ini.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti bergambar jabatan dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada warga-warga jabatan yang telah menang dalam pertandingan sukan (karom) dalam jabatan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan JMGSWP (KESUKSES).

KURSUS PENGEJETAN AIR TANAH

KURSUS PENGEJETAN AIR TANAH

16 & 17 Januari 2023

Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Unit Geosains JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Pengejetan Asas Air Tanah yang diadakan pada 16 & 17 Januari 2023.


Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua kakitangan JMG Kelantan mengenai kaedah dan teknik asas pengejetan air tanah. Peserta kursus juga diberi taklimat berkaitan pengenalan sumber air bawah tanah, pengenalan kepada proses ekstraksi sumber air bawah tanah, pengelogan dan rekabentuk telaga tiub dan sistem penapisan air bawah tanah untuk kegunaan domestik.

Pada 16 Januari 2023 (Isnin), taklimat kursus berkaitan kedapatan sumber,kaedah abstraksi air bawah tanah dan kaedah rawatan ringkas bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan telah sampaikan oleh En. Zahidi bin Hamzah, Penolong Pengarah Kanan, Aktiviti Hidrogeologi, Unit Geosains JMG Kelantan.


17 Januari 2023 (Selasa), peserta kursus diberi peluang untuk menjalani amali pengejetan telaga tiub yang telah diadakan di Kg. Selising, Pasir Puteh, Kelantan.


Peserta berpeluang untuk melakukan aktiviti pengejetan, kaedah pengelogan di lapangan dan menyediakan telaga tiub air bawah tanah. Aktiviti ini membolehkan para peserta mempraktikkan secara terus teori yang dipelajari dalam kelas, di samping dapat berbakti kepada masyarakat.

MAJLIS BERSAMA JABATAN JMG SABAH BILANGAN 4 TAHUN 2022

MAJLIS BERSAMA JABATAN JMG SABAH BILANGAN 4 TAHUN 2022

KOTA KINABALU (13 Januari 2023, Jumaat) : Satu mesyuarat terakhir bagi barisan wakil pekerja MBJ bagi sesi 2021/2023 telah diadakan di JMG Sabah pada jam 2.30 petang bertempat Bilik Mesyuarat Mylonite yang mana telah dihadiri seramai 13 ahli jawantankuasa.  Perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti selenggaraan dan perkhidmatan bangunan, kelayakan cuti, pengurusan kenderaan, pengurusan penurunan kuasa dan dokumen-dokumen (pesanan kerajaan) kewangan.  Disamping itu, mesyuarat dimaklumkan telah membuat undian secara atas talian bagi pelantikan barisan Wakil Pekerja untuk MBJ sesi 2023/2025 pada 4 sehingga 13 Januari 2023 dan keputusan telah dibentangkan dalam mesyuarat akhir ini. Penyampaian surat pelantikan Ahli JK MBJ & Ahli JK Fail Jabatan bagi sesi 2023/2025 akan diberikan dalam Perhimpunan Bulanan Bil.1/2023 (JMG Sabah) pada 31 Januari 2023.  Tuan pengarah Dr Frederick Francis Tating mengucapkan tahniah dan syabas kepada wakil-wakil pekerja bagi sesi 2021/2023 kerana telah berjaya menjalankan tugasan dengan cemerlang.