Lawatan Kerja dari pihak British High Commision dan British Geological Survey

 Lawatan Kerja dari pihak British High Commision dan British Geological Survey
Ibu Pejabat JMG telah menerima lawatan kerja dari pihak British High Commision dan British Geological Survey pada 31 Januari 2023.
Perjumpaan ringkas ini adalah berkisarkan kerjasama dua hala dalam bidang :
▪️ kelestarian dalam perlombongan pasir
▪️ pengurusan bencana geologi tanah runtuh.
Perjumpaan adalah secara santai dan perbincangan dua hala ini telah dirancang untuk diteruskan lagi untuk sesi yang seterusnya.

Lawatan Ke Lombong Pasir, Tanjung Dua Belas , Kuala Langat bersama Wakil British Geological Survey

Lawatan Ke Lombong Pasir,  Tanjung Dua Belas , Kuala Langat bersama Wakil British Geological Survey
Cawangan Ekonomi Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah membawa tiga ahli geologi dari British Geological Survey ke sebuah lombong pengambilan pasir binaan di bawah seliaan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. di Tanjung Dua belas, Kuala Langat.
Tujuan lawatan adalah bagi meninjau bagaimana perlombongan pasir dijalankan di Malaysia.

Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm

Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm
Sesi Libat-Urus Dapatan Laporan Komprehensif Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Farther’s Organic Farm (Jalan Batang Kali-Genting Highland) Daerah Hulu Selangor, Selangor kepada pakar dan jemputan dari agensi teknikal, badan profesional dan industri berkaitan.
Jemputan: NADMA, JKR Cerun, JKR Selangor, JUPEM, Agensi Nuklear Malaysia, BMG, NRECC, BOG, IGM, GSM, MyGEO

TAKLIMAT PENGENDALIAN SUMBER AIR BAWAH TANAH, LOMBONG DAN PEMANTAUAN TANAH RUNTUH

TAKLIMAT PENGENDALIAN SUMBER AIR BAWAH TANAH, LOMBONG DAN PEMANTAUAN TANAH RUNTUH

TAKLIMAT PENGENDALIAN SUMBER AIR BAWAH TANAH, LOMBONG DAN PEMANTAUAN TANAH RUNTUH daripada wakil Hydroaxys Sdn. Bhd dan In-Situ Inc. (USA) yang diadakan pada 27 Januari 2023. Taklimat ini menyentuh pengaplikasian alat/instrumen terhadap pengendalian air bawah tanah, lombong dan pemantauan tanah runtuh yang betul dan pada tahap yang terbaik. Taklimat akan disampaikan oleh Mr. Adam Hobson

SESI PERKONGSIAN DAPATAN CERAPAN DAN ANALISIS IMEJ SATELIT DARIPADA PIHAK SPACEGEN KEPADA PASUKAN TASKFORCE

SESI PERKONGSIAN DAPATAN CERAPAN DAN ANALISIS IMEJ SATELIT DARIPADA PIHAK SPACEGEN KEPADA PASUKAN TASKFORCE
SESI PERKONGSIAN DAPATAN CERAPAN DAN ANALISIS IMEJ SATELIT DARIPADA PIHAK SPACEGEN KEPADA PASUKAN TASKFORCE PEMURNIAN LAPORAN KOMPREHENSIF SIASATAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH DI FATHERS'S ORGANIC FARM (JALAN BATANG KALI-GENTING HIGHLAND) DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR di Ibu Pejabat JMG PADA 26 JANUARI 2023.
Gerak kerja Kumpulan Taskforce JMG ini adalah dengan kerjasama JUPEM dan ANM.

TASKFORCE PEMURNIAN LAPORAN KOMPREHENSIF SIASATAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH DI FATHERS'S ORGANIC FARM (JALAN BATANG KALI-GENTING HIGHLAND)

TASKFORCE PEMURNIAN LAPORAN KOMPREHENSIF SIASATAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH DI FATHERS'S ORGANIC FARM (JALAN BATANG KALI-GENTING HIGHLAND)

TASKFORCE PEMURNIAN LAPORAN KOMPREHENSIF SIASATAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH DI FATHERS'S ORGANIC FARM (JALAN BATANG KALI-GENTING HIGHLAND) DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR di Ibu Pejabat JMG bermula 24/1/2023. Gerak kerja Kumpulan Taskforce JMG ini dijalankan dengan kerjasama JUPEM dan ANM.

Majlis Lapor Diri Pegawai-Pegawai Baru JMG dan Amanat dari Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG.

Majlis Lapor Diri Pegawai-Pegawai Baru JMG dan Amanat dari Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG.
Seramai 8 orang pegawai lantikan baru JMG telah melapor diri di Ibu Pejabat JMG.
Majlis dihadiri oleh YBrs. Tuan Zamri b. Ramli, TKP (KEM) JMG dan beberapa pegawai kanan JMG.
Selain daripada mendengar Amanat TKP (KEM) JMG dan bacaan Aku Janji oleh para pagawai lantikan baru, majlis juga diisi dengan sesi 'Bicara Eksekutif', Taklimat Intergriti dan Taklimat Pembangunan Modal Insan.
Semoga para pegawai lantikan baru akan menjadi Warga JMG yang akan bersama-sama berusaha menjadikan JMG terus cemerlang.

Sesi Libat Urus Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) antara JMG bersama IGM dan GSM

Sesi Libat Urus Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) antara JMG bersama IGM dan GSM
Sesi Libat Urus Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) antara JMG bersama IGM dan GSM telah diadakan pada 10/1/23 bertempat di Ibu Pejabat JMG, Putrajaya.
Pihak JMG mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perhatian IGM dan GSM sepanjang libat urus ini berlangsung.

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023

Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan Januari 2023 JMG Terengganu Unit Sumber Mineral, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2022 JMG Terengganu pada jam 9.30 pagi, hari Khamis, 26 Januari 2023 di Bilik Kasiterit.

Perhimpunan diacarakan oleh En. Mohd Harun Muda dan dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Sayuthi Rashid. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Perkhidmatan awam dan kemudiannya En. Zamri Ismail telah mengetuai lafaz ikrar integriti penjawat awam.

Setelah itu Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menggalakkan penglibatan kakitangan JMG Terengganu di dalam Sukan JMG 2023.

Perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan sesi pengenalan diri kakitangan baharu jabatan iaitu En. Muhammad Azaharudin yang melapor diri ke Unit Lombong & Kuari pada bulan Disember 2022.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) TER Air Menderu, Kemaman dan TER Chemerong, Dungun oleh Pengarah JMG Terengganu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian buku kepada Perpustakaan JMG Terengganu yang diserahkan kepada KUPM, Pn. Julia Kaya. Buku bertajuk “Koleksi Titah Ucapan KDYM Sultan Terengganu Sempena Istiadat Pembukaan Penggal DUN Terengganu Tahun 1959-2022” disumbangkan oleh Pengarah JMG Terengganu yang diperoleh oleh beliau semasa hadir ke sidang pembukaan DUN Terengganu 2023.

Setelah itu, Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh 2022 kepada penerima-penerima berikut:

i. En. Mohammad Amin Abd Aziz

ii. En. Zarir Zawawi

iii. En. Wan Ashri Wan Hussain

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan hari lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan Disember dan Januari. Puan Pengarah telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau manakala sumbangan dari KESKET disempurnakan oleh Pengerusi KESKET. Setelah itu, Pengerusi KESKET telah memberi taklimat ringkas berkenaan Sukan JMG 2023 yang dijadualkan pada bulan Februari 2023 di FRIM Kepong. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan pada pukul 11.00 pagi.

 

Credit kepada En Amin Aziz