KUNJUNGAN KEJORA KE JMG JOHOR

muka depan lawatan KEJORA 2017

Johor Bahru, 11 Disember 2017 - JMG Johor telah menerima kunjungan dari KEJORA iaitu Pn Hjh Sumini Mohd Lahir (Pengurus Pelancongan) dan En. Shahrul Shafique bin Hamidon (Penolong Pengurus Pelancongan).

Program singkat tetapi amat bermakna kepada kedua-dua agensi. Kunjungan KEJORA ini khusus bagi membincangkan hala tuju dan langkah ke hadapan bagi merealisasikan Tanjung Balau sebagai Tapak Warisan Geologi Kebangsaan yang telah tertangguh sejak 2012 yang lalu. Tanjung Balau telah dikenalpasti sebagai makmal lapangan terbaik bagi bidang geologi struktur.

Baca selanjutnya

Conference On Sustainable & Responsible Mineral Resource Development In Malaysia – Responsible Mining Today for a Better Tomorrow

Conference On Sustainable & Responsible Mineral Resource Development In Malaysia (CSRMRD) telah dilaksanakan dengan jayanya di Hotel Zenith Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 4 dan 5 Disember 2017 yang lalu. Seminar dianjurkan bersama oleh Malaysian Chamber of Mines (MCoM) dan Tin Industry (Research & Development) Board dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta disokong oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dan Kuala Lumpur Tin Market. Seminar dua hari yang diadakan membawa tema Responsible Mining Today for a Better Tomorrow dan dihadiri oleh para peserta antarabangsa dan tempatan, ahli profesional mewakili bidang industri perlombongan, pengkuarian, jurutera perlombongan, ahli geologi dan para ilmuan serta pelajar universiti.

Baca selanjutnya

Sambutan Hari Inovasi JMG NSM 2017

Sambutan Hari Inovasi JMG NSM 2017

16 November 2017 yang lalu telah berlangsung ‘Explorace Hari Inovasi’ sempena Sambutan Hari Inovasi bagi Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka. Program Explorace ini merupakan pertama kali diadakan bagi memupuk semangat setiakawan dikalangan pegawai dan kakitangan. Manakala pada 17 November 2017 telah diadakan Majlis perhimpunan Bulanan serta Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan yang telah disempurnakan oleh Encik Joanes Bin Muda, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan dan Melaka. Simbolik penyerahan Borang Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) juga diadakan pada majlis perhimpunan tersebut. Sahabat Gerah ini dilancarkan oleh Ybhg Tan Sri Dzulkifli bin Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2017 yang lalu dan antara matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada seluruh masyarakat terlibat sama dalam usaha – usaha pencegahan rasuah di negara ini. Oleh itu saranan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia supaya semua Warga JMGNSM wajib menjadi ahli Sahabat Gerah.

BENGKEL ACID MINE DRAINAGE (AMD) Anjuran Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

BENGKEL ACID MINE DRAINAGE (AMD)  Anjuran Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Bengkel Acid Mine Drainage (AMD) telah diadakan pada 29 hingga 30 November 2017. Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP). Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari pertama diadakan syarahan yang bertempat di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral manakala pada hari kedua ialah program lawatan ke Lombong Rahman Hydraulic Tin (RHT) Sdn. Bhd. Pengkalan Hulu, Perak.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan pembantu penyelidik PPM serta 5 orang pegawai dan pembantu geosains dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Mineral dan Geosains negeri Perak telah mengikuti bengkel ini.

Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Malek bin Selamat, Pegawai Penyelidik Q52, mewakili Tuan Pengarah PPM.

Baca selanjutnya