PERTANDINGAN BOWLING KESMIG 2017

PERTANDINGAN BOWLING KESMIG 2017

Seremban, 18 Disember 2017 – Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) telah menganjurkan pertandingan bowling antara ahli KESMiG. 

Sebanyak 11 (sebelas) kumpulan telah bertanding bagi merebut gelaran Juara Kumpulan dan Jatuhan Pin Terbanyak bagi kategori Lelaki dan Wanita. Kumpulan dibentuk melalui undian yang telah diadakan pada 15 Disember 2017. Pertandingan yang diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Prima ini merupakan acara tahunan yang seringkali dianjurkan oleh KESMiG. Pertandingan bowling ini memberi banyak faedah kerana sukan ini selain dapat menyihatkan badan, ianya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli KESMiG. Group D yang terdiri daripada En Azemi, En Norazman dan Puan Suriayati telah merangkul gelaran Juara Kumpulan, manakala En Jefri merupakan Johan bagi Jatuhan Pin Terbanyak (Lelaki)  dan Puan Nor Hasikin merupakan  Johan  bagi Jatuhan Pin Terbanyak (Wanita).

Sumbangan Artikel : Pn. Norliza Azman

LENGGENG FUN RIDE 2017

LENGGENG FUN RIDE 2017

Lenggeng, 17 Disember 2017 – Seramai 5 (lima) orang kakitangan JMGNSM telah mewakili Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) di dalam acara  Lenggeng Fun Ride 2017 yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Nilai pada hari Ahad yang lalu. Kakitangan tersebut adalah En Saiful Azwan, En Jefri, En Zulkefly, Puan Nadiya dan Puan Norliza

Program berbasikal ini telah memberi peluang kepada peserta beriadah sambil menikmati keindahan kampung dengan jarak kayuhan sejauh 21km mengelilingi kawasan Lenggeng. Pelepasan telah dilakukan pada jam 7:30 pagi oleh Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif di padang sekolah Kebangsaan Mendom, Lenggeng dan dirasmikan pada jam 10:00 pagi oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Y.B. Dato’ Haji Abu Ubaidah Bin Dato’ Haji Redza. Program ini telah berjaya menarik minat kira-kira 300 peserta yang merangkumi pelbagai peringkat usia dan yang menariknya peserta bukan sahaja terdiri dari warga Negeri Sembilan tetapi juga dari Negeri Selangor, Negeri Melaka dan Negeri Johor.

Sumbangan artikel : Pn. Norliza Azman 

Technical and Project Management Capability Presentation by Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China

Technical and Project Management Capability Presentation by Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China

Pada 15 Disember 2017, JMG Sarawak telah menerima kunjungan daripada Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China. Rombongan seramai sembilan (9) orang tersebut diketuai oleh En. Cheng Shunli selaku Ketua Timbalan Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China.

Baca selanjutnya