SEREMBAN, 18 Disember 2019 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan & Melaka telah menganjurkan satu program Sambutan Hari Sukan, Perasmian Taman Herba & Batuan serta Majlis Perhimpunan Bulanan di dalam satu hari yang sama. Manakala lokasi program adalah di tempat yang berbeza mengikut majlis.
MAJLIS PERPISAHAN WARGA JMGSWP
SHAH ALAM, 19 Disember 2019 - JMGSWP telah mengadakan majlis minum petang sempena perpisahan Tuan Muhammad Anasrullah bin Abd Rahim, Pegawai Geosains dari Unit Sumber Mineral yang akan bertukar ke BPT, Ipoh. Keseluruhan warga JMGSWP mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan terus cemerlang di tempat baru. Terima kasih dan selamat maju jaya tuan.
Program Gotong Royong dan Hari Inovasi PPM 2019
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Ipoh – 4 Disember 2019. PPM telah mengadakan Program Gotong Royong dan Hari Inovasi PPM 2019 di mana program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, En. Aminudin bin Mahmud.
Tema pada tahun ini adalah “Inovasi Penyelidikan Harapan Malaysia”, satu Pertandingan Poster dan kuiz inovasi telah dianjurkan bersempena Hari Inovasi 2019. Hadiah-hadiah menarik turut disediakan kepada para pemenang. Selain itu, sijil penghargaan turut disampaikan kepada penyelidik-penyelidik yang telah berjaya menaikkan nama PPM dalam semua pertandingan inovasi yang telah disertai dari tahun 2012 sehingga 2019.
Syabas warga PPM!!!
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 12/2019
Johor Bahru, 12 Disember 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Norhazidi bin Masrom, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri bin Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Iedil bin Omar. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2019 DAN KEMUNCAK MAJLIS HARI INOVASI PERINGKAT JMG JOHOR
Johor Bahru, 27 November 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 11/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Hari Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Asnida binti Zamru, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hakim bin Md Najib dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Helmy bin Kadir. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan amanat daripada Ketua Pengarah berkenaan sambutan Hari Inovasi dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis kali ini.
UJIAN SARINGAN AIR KENCING (DADAH)
KOTA KINABALU (04 DECEMBER 2019): Seramai 55 dari 80 orang kakitangan dari JMG Sabah telah berjaya melaksanakan tanggungjawab melakukan ujian saringan air kencing (jenis methamphetamine/syabu) bagi mengesan penagihan dadah dikalangan kakitangan selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1989 pada 04 Disember 2019 bertempat di Bilik Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah bermula pada jam 9.30 pagi. JMG Sabah amat berterima kasih atas kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu (AADK) yang diketuai oleh Encik Vasco Melitin dalam kelancaran saringan tersebut.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/archive/122019?start=0#sigProIde1324bbdca
SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT JMG JOHOR 2019
Johor Bahru, 27 November 2019 - Program Hari Inovasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor pada tahun ini dijalankan selama beberapa hari dan dinamakan sebagai Minggu Inovasi. Minggu Inovasi di bawah kendalian Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Johor telah diadakan bermula 17 November hingga ke hari kemuncak sambutan Hari Inovasi iaitu pada 27 November 2019.
Ketua Unit Pengurusan Maklumat adalah bertindak sebagai Pengerusi Sambutan manakala Puan Noraini selaku Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Johor bertindak sebagai Naib Pengerusi Sambutan. Tema sambutan tahun ini iaitu Kualiti Kesihatan Fizikal dan Mental.
SAMBUTAN HARI INOVASI, PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI NATAL JMG SABAH 2019
KOTA KINABALU, SABAH (12 DISEMBER 2019): KHAMIS, Kerjasama antara AJK Inovasi, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Sabah dan Unit Pentadbiran telah membuat persiapan untuk sambutan Hari Inovasi, Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 dan Sambutan Hari Natal 2019.
PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN UNTUK SAMBUTAN HARI INOVASI JMG SABAH 2019
KOTA KINABALU, SABAH (11 DISEMBER 2019): RABU, Kerjasama antara AJK Inovasi, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Sabah dan Unit Pentadbiran telah membuat persiapan untuk sambutan Hari Inovasi, Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 dan Sambutan Hari Natal 2019.
MESYUARAT AKHIR 2019 UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (11 DISEMBER 2019): RABU, Unit Pengurusan Maklumat telah mengadakan satu mesyuarat unit bagi suku tahun keempat dan merupakan mesyuarat terakhir unit ini pada tahun 2019.