KOTA KINABALU, SABAH (09 DISEMBER 2019): ISNIN, Satu Majlis Perasmian Projek Rintis Pensijilan Profesional Modular Keselamatan Siber telah diadakan di Hotel Hilton, Kota Kinabalu pada pagi ini.
Mesyuarat Jawatankuasa dan Lawatan Kerja Lombong Emas Penjom JMG Pahang November 2019
Mesyuarat Jawatankuasa dan Lawatan Kerja Lombong Emas Penjom JMG Pahang November 2019
Oleh : Mohammad Aznawi bin Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)
Pada 24 hingga 26 November 2019, JMG Pahang telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Jabatan JMG Pahang Bil 4/2019 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 4/2019 di daerah Lipis, Pahang. Bersekali dengan mesyuarat ini juga telah dilaksanakan sesi lawatan kerja ke kawasan Lombong Emas Penjom yang masih aktif beroperasi di daerah Lipis.
Sesi pertama mesyuarat bermula 8.00 malam pada 24 November 2019 iaitu Mesyuarat Pengurusan Jabatan Bil 4/2019. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid dan dihadiri semua Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Unit JMG Pahang. Dato’ Pengarah antara lain telah menyampaikan beberapa maklumat terkini dan penting perkara-perkara semasa yang perlu diambil perhatian oleh semua ahli mesyuarat. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan semua Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua unit berkenaan perkembangan dan aktiviti unit masing-masing. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 malam.
Hari kedua mesyuarat pada 25 November 2019 ialah sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 4/2019. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua Timbalan Pengarah, Ketua Unit serta semua pegawai di JMG Pahang. Mesyuarat bermula pada pukul 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah JMG Pahang. Beliau antara lain mengingatkan semua Timbalan Pengarah dan pegawai yang melaksanakan projek agar memastikan perbelanjaan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan telah memenuhi tarikh masa dan kos yang ditetapkan.
Mesyuarat diikuti dengan pembentangan kemajuan semua projek pembangunan yang telah dijalankan di Pahang sepanjang tahun 2019. Pembentangan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 4/2019 ini berlangsung sehingga ditangguhkan dan tamat pada pukul 2.30 petang.
Sesi lawatan kerja ke Lombong Emas Penjom dijalankan pada hari ketiga iaitu pada 26 November 2019. Lombong emas kendalian pihak J Resources Sdn Bhd ini dipilih berdasarkan lombong berkenaan yang masih aktif beroperasi.
Para hadirin ahli rombongan dari JMG Pahang telah diberikan taklimat oleh pihak J Resources Sdn Bhd. Memulakan operasi pada tahun 1991 untuk kerja eksplorasi dan fisibiliti, operasi perlombongan berjalan pada tahun 1996 dengan jumlan keluaran sehingga Oktober 2019 sebanyak 49,341 kg emas dengan nilaiharga mencapai RM171,55,457.
Para hadirin selanjutnya dibawa melawat kawasan penanaman semula pokok bagi tujuan pemuliharaan lombong, kawasan operasi perlombongan serta kawasan takungan lombong.
Setelah dibawa melihat kawasan operasi perlombongan, para hadirin kemudiannya dibawa melawat ke kilang pemprosesan, pengayakan dan peleburan emas yanag amat-amat dinantikan oleh semua yang hadir.
Para hadirin di beri kesempatan melihat proses peleburan emas, penjongkongan emas dan memegang sendiri jongkong emas yang telah siap diproses.
Lawatan kerja ke Lombong Emas Penjom ini tamat pada pukul 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari oleh pihak J Resources Sdn Bhd.
Pihak JMG Pahang merakamkan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada pihak J Resources yang sudi menerima kehadiran rombongan kami, walaupun dalam kesibukan mereka menjalankan rutin tugasan mereka, serta memberikan kebenaran kepada kami merakamkan gambar foto dan video operasi perlombongan sebagai kenangan.
Semoga jalinan kerjasama antara pihak JMG Pahang dan penguasaha pelombong akan berterusan berjalan dengan baik dalam memastikan sumber mineral negara sentiasa dikendalikan serta diusahakan dengan baik dan mapan.
- sekian -
Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Sambutan Maulidurasul 1441H JMG Pahang
Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Sambutan Maulidurasul 1441H JMG Pahang
Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)
Pada 22 November 2019, bersamaan hari Jumaat, 25 Rabiul Awal 1441H, telah dilangsungkan Program Perhimpunan Bulanan bagi November 2019 yang dibuat bersekali dengan Majlis Sambutan Maulidurasul 1441 Hijrah bagi JMG Pahang. Program bermula pada pukul 9.00 pagi di Bilik Ilmenite, JMG Pahang dengan semua kakitangan segak mengenakan busana Baju Melayu. Perhimpunan bulanan kali ini dikendalikan oleh Unit Lombong dan Kuari JMG Pahang dengan dimulakan oleh bacaan doa, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang, Lagu JMG Malaysia dan Lagu Malaysia Bersih oleh para hadirin. Lafaz ikrar disampaikan oleh En Ifrad Hayazi bin Nordin, Pelukis Pelan JMG Pahang.
Program diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah JMG Pahang, YH Dato’ Ir. Azman bin Abd. Majid. Beliau menyampaikan amanat beliau berkenaan perkara terkini yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang, antaranya termasuk kedudukan perbelanjaan jabatan sehingga November 2019 dan keperluan kakitangan menyiapkan tugasan yang masih tertangguh. Beliau juga turut mengingatkan semua kakitangan supaya menyiapkan Laporan Prestasi Tahunan 2019 dan memastikan Sasaran Kerja Tahunan 2019 dicapai dan dipatuhi mengikut perancangan yang ditetapkan.
Program diteruskan dengan sesi pengenalan diri Pembantu Geosains Gred C19 yang baharu dilantik dan mendaftarkan diri pada November 2019 iaitu Puan Nur Suraya binti Hashim. Berasal dari Tanah Merah, Kelantan, ini merupakan perlantikan jawatan pertama beliau untuk bertugas di sektor awam kerajaan. Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan pada beliau. Semoga beliau dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan berkesan untuk kebaikan JMG.
Program perhimpunan bulanan kemudiannya disambung dengan Majlis Sambutan Maulidurasul Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1441 Hijrah. Semua hadirin bersama-sama mengalunkan bacaan salawat kepada Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W dan turut sama memohon syafaat atas keberkatan baginda S.A.W.
Program Perhimpunan Bulanan Bulan November 2019 JMG Pahang ini ditangguhkan dengan majlis makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari.
Semoga program yang dilaksanakan ini terus dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaan serta keberkatan tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.
- Sekian -
Kunjungan Hormat Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin ke JMG NSM
SEREMBAN, 3 DISEMBER 2019 - Lawatan kunjungan hormat dari Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang diketuai oleh En Farhan bin Abdul Rahim (Setiusaha MPJ) bersama Tn Hj Zainuddin Samad (Pengarah Jabatan Kejuruteraan) telah diadakan pada pagi ini di pejabat Pengarah JMG NSM.
MESYUARAT PEMBANGUNAN JMG SABAH SUKU TAHUN KEEMPAT 2019
KOTA KINABALU, SABAH (04 DISEMBER 2019): RABU, Satu mesyuarat akhir JK Pembangunan JMG Sabah telah diadakan di bilik mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada pagi ini.