JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN "TUNNEL 2 BREAKTHROUGH"

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN "TUNNEL 2 BREAKTHROUGH"

HULU LANGAT, 13 DISEMBER 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan (JMG SWP) telah dijemput menghadiri Majlis Perasmian Tunnel 2 Breakthrough bagi Cadangan Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Pengagihan Air di Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan IInfra Sdn. Bhd. dengan dihadiri Agensi Teknikal Berkaitan iaitu JMG SWP, Bahagian Persenjataan Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor serta Ketua Balai Polis Hulu Langat dan kontraktor yang telah dilantik bagi menjalankan kerja letupan terowong iaitu Ota Tunnel Squad Sdn. Bhd. dan Protext Construction (M) Sdn. Bhd.

Projek ini adalah melibatkan pembinaan dua buah terowong air terawat bagi menyalurkan air terawat dari kolam air imbangan Hulu Langat ke kolam air Ampang sepanjang 1050 meter bagi setiap satu terowong.

JMGSWP telah terlibat secara langsung sebagai agensi teknikal yang mengawalselia, memberi nasihat dan mengeluarkan surat sokongan teknikal bagi menjalankan kerja-kerja letupan di tapak berkenaan agar kerja letupan yang dijalankan mengikut Garis Panduan Kerja Letupan Pembangunan JMG.GP.11

Persidangan "Mastering The Knowledge Of Non Radioactive Rare Earth" Element Anjuran Al Mubin Synergy

Persidangan "Mastering The Knowledge Of Non Radioactive Rare Earth" Element Anjuran Al Mubin Synergy
KUALA LUMPUR, 15 DIS - Dr. Ismail bin Ibrahim dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral, Pusat Penyelidikan Mineral telah dijemput sebagai salah seorang penceramah bagi Persidangan Mastering The Knowledge Of Non Radioactive Rare Earth Element Anjuran Al Mubin Synergy yang berlangsung pada 15 September 2022 di Megaview Ballroom, KL Tower, Kuala Lumpur.
 
Beliau telah menyampaikan syarahan yang bertajuk Processing Of Non-Radioactive Rare Earth Elements (NR-REE) Resources.
Pegawai Pusat Penyelidikan Mineral yg turut hadir ke persidangan tersebut ialah En. Anuar Othman, Pn. Roshaida Arbain, En. Muhammad Afiq Afandi Abdul Aziz dan Dr. Tinesha Selvaraj.
 

Pingat gangsa dalam Pertandingan "49th Science and Engineering Design Exhibition (SEDEX 49)"

Pingat gangsa dalam Pertandingan "49th Science and Engineering Design Exhibition (SEDEX 49)"

IPOH, 16 DIS - Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika, Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atas kejayaan memperolehi pingat gangsa dalam pertandingan "49th Science and Engineering Design Exhibition (SEDEX 49)" dengan projek inovasi bertajuk “Development of Crystal Glass using Local Silica Rock".

Pertandingan ini dianjurkan secara maya pada 26 October 2022 dan diwakili oleh penyelidik hebat yang terdiri daripada En Shaiful Hisham bin Samsudin, En Mohd Idham bin Mustaffar, Pn Syarifah Aminah Binti Ismail, En. Muhammad Azammuddin bin Ahmad Fauzi serta Pn Suzie Suliana Binti Hashim.


#PusatPenyelidikanMineral #JMG #JabatanMineraldanGeosainsMalaysia #NRECC

GOTONG ROYONG DAN MAJLIS JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN 2022 JMG PERAK ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR)

GOTONG ROYONG DAN MAJLIS JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN 2022 JMG PERAK ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR)

13hb Disember 2022 (Rabu) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Memasak Jamuan Akhir Tahun 2022 dengan penyertaan dari semua warga JMG Perak bersama jemputan kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT).

Baca selanjutnya