Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015

Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015
PPM Berjaya Melepasi Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015
 
Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pengawasan (Surveillance Audit) yang telah dijalankan pada 13 – 14 Disember 2022 oleh auditor dari SIRIM QAS, Puan Meena Regawan.
 
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM ialah Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) iaitu melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika. Sebagai rekod, PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD).
 
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini.
Semoga PPM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan terus melakar kejayaan cemerlang pada masa hadapan.
 

MoU PPM-Northern Dolomite

 MoU PPM-Northern Dolomite
IPOH, 7 DIS - Satu mesyuarat membincangkan perkembangan terkini berkaitan MoU PPM-Northern Dolomite telah diadakan pada 7 Disember 2022. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 6 orang pegawai penyelidik PPM dan 2 orang wakil Northern Dolomite. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Ismail b. Ibrahim.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, beberapa persetujuan berkenaan kerjasama yang akan dijalankan telah dicapai.
 

LAWATAN TAPAK SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN HALAMAN, AMPANG JAYA, SELANGOR

LAWATAN TAPAK SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN HALAMAN, AMPANG JAYA, SELANGOR

SELANGOR, Ampang Jaya, 10 Disember 2022 - Pasukan Penyiasat Bencana Geologi JMG Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan telah digerakkan ke lokasi tanah runtuh di Taman Halaman yang berlaku pada pada 9/12/22 bagi melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas cerun dan kawasan sekitar. Pemeriksaan turut dijalankan bersama pihak MPAJ, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor serta Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (CKC-JKR). Kejadian ini telah mengakibatkan kerosakan pada struktur rumah serta pengosongan beberapa buah rumah.

Tujuan pemeriksaan tapak dilakukan adalah untuk mengenalpasti bahaya geologi (geological hazard) dan tahap kestabilan semasa kawasan terlibat (level of current stability) serta mengenalpasti kemungkinan punca yang mencetus kejadian tanah runtuh yang dilaporkan. Pemeriksaan pihak JMG tertumpu pada aspek geologi dan geomorfologi setempat dalam mengenalpasti punca runtuhan dan cadangan langkah kawalan dan mitigasi yang perlu.

Pihak Jabatan sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang input terutama berkaitan aspek geologi/geologi kejuruteraan permukaan dan subpermukaan tapak dan kawasan sekitar akibat bencana geologi tanah runtuh.