BELASUNGKAWA Pn. Siti Fatimah Binti Othman

belasungkawaPada  26 Mac 2014, telah kembalinya Pn. Siti Fatimah Binti Othman ke rahmatullah Pada pukul 10.15 pagi. Beliau merupakan Penolong Pegawai Perpustakaan. Beliau merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan ahli PUSPANITA yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA JMG.

BIODATA ALLAHYARHAM PUAN SITI FATIMAH BINTI OTHMAN

DILAHIRKAN PADA 6 DISEMBER 1957
  BERASAL DARI KELANTAN
  MULA BERKHIDMAT PADA 5 DISEMBER 1977 DI  JABATAN MUZIUM SEBAGAI PEMBANTU PERPUSTAKAAN
  PADA 18 JUN 1984 BELIAU DITUKARKAN KE JABATAN PERDANA MENTERI DAN BERTUGAS DI UNIT PENYELARASAN
  PADA 1 JANUARI 1988 BELIAU DITUKARKAN KE UNIT PENTADBIRAN KEWANGAN JUGA DI JABATAN PERDANA MENTERI
  BERTUKAR KE ARKIB NEGARA PADA 1 SEPTEMBER 1991
  DITUKARKAN KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA PADA 1 OKTOBER 1998 KE UNIT BAHAGIAN GERAKAN MEMBACA
  PADA 3 OGOS 1998 BELIAU DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S26
  DINAIKKAN PANGKAT KE PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED  S27 PADA 29 MEI 2003 DAN DITUKARKAN KE BAHAGIAN KHIDMAT  TEKNIK JUGA DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
  PADA 16 DISEMBER 2010 BELIAU BERTUKAR KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DAN BERTUGAS DI UNIT PENYUNTINGAN DAN PERPUSTAKAAN SEHINGGA 1 MAC 2014
  KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 26 MAC 2014. 

Mines And Money Hong Kong 2014 Conference pada 24-28 Mac 2014 di Hong Kong Convention & Exhibition Centre

Hong Kong,China 24 MARCH 2014 - Pengarah JMG Malaysia, Perak dan Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari telah menyertai Persidangan Mines and Money Hong Kong 2014 yang telah berlansung daripada 24 hingga 28 Mac 2014 di  Hong Kong Convention & Exhibition Centre.

18

Pengarah JMG Perak melawat tapak pameran di Hong Kong Convention & Exhibition Centre 


 19

Pengarah JMG Perak menghadiri persidangan di Hong Kong Convention & Exhibition Centre

 

Majlis Persaraan Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak

MERU,IPOH 03 APRIL 2014 - Majlis persaraan untuk 4 kakitangan JMG Malaysia, Perak telah diadakan pada 03.04.2014 di Hotel Casuarina, Meru. Kakitangan tersebut ialah :

a. Puan Zabedah Manaf (3.1.2014)
b. Encik. Zulkifli Ahmad (8.5.2014)
c. Encik. Zainudin Ahmad (22.5.2014)
d. Puan. Siti Salbiah Suraji (14.8.2014)

Pengarah JMG Malaysia, Perak telah menyampaikan ucapan penghargaan ke atas jasa kakitangan tersebut. Pesara dan bakal pesara juga diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata sempena persaraan mereka. Seterusnya acara penyampaian cenderahati kepada pesara dan bakal pesara telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Malaysia, Perak. Selesai majlis tersebut, semua kakitangan dijamu dengan makan tengahari.

14

Jemputan yang hadir


15

Ucapan dari bakal pesara

16

Penyampaian cenderahati kepada bakal pesara

17

Sesi bergambar pihak pengurusan dengan bakal pesara

 

Lawatan Menteri Besar ke Kuari

SIMPANG PULAI,IPOH 20 MARCH 2014 - Y. A. B. Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir telah membuat lawatan ke kuari Imerys Minerals SB dan Zon Pengkuarian Simpang Pulai pada 20.03.2014 (Khamis) jam 10.00 pagi. Lawatan turut disertai oleh pihak JMG, PTG dan MB Inc.Lawatan ke kuari bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada kerajaan Negeri Perak tentang operasi pengkuarian di negeri Perak.

9

Pengurus kuari Imerys memberi penerangan tentang operasi kuari kepada Menteri Besar Perak


 11

Pengarah JMG Perak memberi penerangan teknikal mengenai batuan kepada Menteri Besar Perak

12

Pemandangan dari jauh kuari Imerys

13

Pengarah JMG Perak makan tengahari bersama Menteri Besar Perak

Majlis Pelancaran Kajian Air Panas Ulu Slim, Perak

SG.KLAH,TANJONG MALIM 28 FEBRUARI 2014 - Majlis pelancaran telah diadakan pada 28hb Februari 2014 di Felda Residence Hotspring, Sg. Klah, Perak dan telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Yunus Abd. Razak, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Tujuan majlis diadakan ialah untuk mewar-warkan kepada Kerajaan Negeri, pihak berkuasa terlibat dan masyarakat setempat pelaksanaan kajian air panas di Ulu Slim, Perak.

8

Pendaftaran oleh jemputan

 


 Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Kamaludin b. Hassan selaku Pengerusi Projek dan diikuti ucapan perasmian oleh Ybhg. Dato’ Yunus b. Abd. Razak (Ketua Pengarah JMG Malaysia). Persembahan montaj sebagai gimik perasmian telah menandakan rasminya majlis. Di akhir majlis, tetamu jemputan telah dibawa melawat ke pameran poster berkaitan kajian.

5

Ucapan perasmian oleh Dato' Ketua Pengarah

6

Persembahan montaj pelancaran kajian air panas

7

Sesi melawat poster berkenaan kaijan yang akan dijalankan